Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Friday 20 June 2014

Sudah lama tidak mengisi blog..banyak perkara yg melanda diri sampai xsempat nak meluangkan masa utk posting perkongsian yg baik dengan antum semua. tambah-tambah lagi ni minggu exam dan saya masih ada 2 paper lagi utk dihabiskan. namun ada juga rasa sedih kerana keputusan salah satu paper sy sudah diketahui dan markahnya hanya cukup2 makan sahaja..tp pass..huhu

sy adalah seorang yg sangat pendiam sepertimana ayah saya. dari kecil saya suka mengasingkan diri sendiri dari semua orang kecuali orang-orang tua kerana sy sukakan mereka. selalunya sy akan memuji datuk dan nenek sy sambil berbual-bual. merekalah orang yang paling peramah dalam hidup saya waktu sy kecil-kecil dulu. ilmu pun banyak juga sy dapat dari datuk saya kerana jika tidak mestilah sy xkan pandai mengaji Al Quran sehingga hari ini..

zaman kecik dan zaman dewasa ni sangat berbeza. lain yang di idamkan lain juga yang kita dapat. waktu kecik dulu selalu saja boleh nak berimaginasi mahu menjadi apa sahaja sekalipun. tetapi waktu dewasa ni barulah dapat sedar yang semua itu hanyalah bayangan semata-mata. waktu kecil dulu rasa seronok walau duduk berseorangan dan tidak ditegur orang lain. waktu kecil dulu tak peduli langsung pasal keluarga, kawan-kawan dan yang lain sebab diorang jarang beramah mesra dengan saya. kalau ada pun mereka bergaduh, bertekik dan bertengkar antara satu sama lain dan sy amat membenci suara-suara mereka yg tak kenal erti kedamaian. waktu kecil dulu suka duduk sorang-sorang membayangkan masa depan yg cerah dan cemerlang. kadang-kadang nak jadi ustaz, nak jadi doktor, nak jadi penafsir Al Quran, nak jadi Hafiz..walhal semua itu tak tercapai pun saat melangkah ke alam dewasa.

zaman itu umpama satu peredaran, bukannya dua kali peredaran kerana perkara yg sama tak akan berulang lagi. peredaran yang amat panjang di atas paksi kehidupan akan berkekalan selagi nyawa dikandung badan dan roh belum berpisah dari jasad serta belum ditarik mencapai paras halkum oleh izrail. kita diberi pilihan untuk beredar dengan gaya masing-masing namun tetap tidak akan lari dari paksi kehidupan. namun, bukan semua paksi kehidupan itu berbentuk bulat dan mereka hanya perlu mengelilingi paksi itu dengan sekali putaran yg amat mudah. selalunya jalan paksi kehidupan adalah amat berliku dan bermasalah. ada yg terpaksa meredah paksi yg berpusing ibarat spring yang sangat banyak pusingannya sehingga dia tidak dapat menerima keadaan itu.

mungkin ini adalah post terakhir sy utk blog ini..sy bkn seorang yg sesuai utk menyebarkan ilmu kerana diri sendiri pun sy xdapat menjaga..harap kita dapat ketemu lagi lain masa.. Assalamualaikum..

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates