Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday 24 June 2014

Burung hantu

Aku burung hantu
di atas dahan
di waktu malam
gelisah memerhati alam
sambil kepala dipusing-pusingkan
mahu menikmati juadah
setelah suntuk siang
bermadah dalam lubang dahan
kayu pokok dahan nibung

Kicauku berbunyi
waktu gelap gelita dan sunyi
bukan utk perhatian
bahkan jua nyanyian
tidaklah irama utk tarian
lagi latar bagi lakonan
cakar yg memaut ini
aku hayunkan demi rezeki
untuk mengisi kekosongan
yg menyeksakan mengelakkan mati

Aku burung hantu
haiwan sunyi sepi
pendiam bersendiri
di atas dahan di waktu malam

pandanganku beralih
menoleh tepian sisi kiri dan kanan
memerhatikan damai sebalik kelam
sedang meratah daging pemangsa kecil bertulang
rezeki limpahan tuhan
tidak kira masa sentiasa kehadiran
syukur atas nikmat
kurniaan dari rahmat

Aku burung hantu
di atas dahan di waktu malam
memikirkan kejadian penciptaan
kerana bukan diriku seorang
yg di ciptakan sedemikian

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates