Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday 24 June 2014

end of semester 2 di um

Alhamdulillah sudah habis semester 2 di um..xtahulah kenapa tetapi rasa masih tergerak utk menulis di sini..banyak yg baik mahupun yg buruk berlaku sepanjang saya bergelar penuntut di universiti malaya ni. rasa gembira apabila sudah habis menjawab exam paper last iaitu anatomy dan physiology dekat fakuliti di blok u.  namun, rasa sedih turut mengikuti saat melihat kawan-kawan yg tidak akan bersama lagi semester depan. sangat suka bermesra dengan mereka. kebanyakan dari mereka mahu tinggal di rumah sewa. Syuaib dan zulhairi walaupun diorang senyap tapi saya tetap menyukai mereka kerana dengan pemerhatian saya dapat belajar banyak dari mereka. mereka berdualah yang banyak menyumbangkan semangat untuk saya menguatkan diri saya yang lemah iman ini supaya menguatkan diri dengan ilmu yang ada di dada, biarpun sudah beberapa kali jatuh di tempat yang sama.

Di universiti malaya semester 2 ni sy mengalami pengalaman yang sangat berbeza dari semester 1. kalau semester 1 sy hanya ambil 6 subjek, tetapi untuk semester 2 sy ambil 9 subjek. 6 daripadanya ada exam dan 3 lagi melalui penilaian berterusan. sangat sibuk dan padat dengan larian untuk meneguk sebanyak mungkin ilmu yang di curahkan oleh pensyarah. saya juga terpaksa berhadapan dengan masalah yg sama ketika saya sekolah menengah dulu. namun alhamdulillah saya yakin yang nanti tahun dua saya berada di sini benda itu tentu akan tiada.

Biarpun semester 2 ni lebih teruk pengalaman dan masalahnya dari semester 1, sekurang-kurangnya saya berjaya mencari solusi dan ada percubaan untuk keluar. saya akan istiqamah dan alhamdulillah saya rasa masalah saya semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini. kepada kawan saya semenjak tahun satu lagi di sini, nik, alif, amirul, hariz, faiz, irfan, nazir, asyraf nordin, azizi, hazim, hasmizan, syarafi, syazwan amir jauhari, syafiq ibrahim, akhi nazmi, akhi atif, saiful romzi, wan dan lain-lain terima kasih. mohon maaf jika ada salah silap dan terkasar bahasa sepanjang kita berkenalan. sy tetap akan berada di tempat sy berada jika antum semua memerlukan saya. doa sy sentiasa mengiringi kamu semua.

Kepada Izzudin. biarlah anta tidak mengetahui apa yang saya tulis untukmu di sini tetapi sy ingin menulisnya juga. anta mengingatkan sy kepada sahabat sy yg paling rapat di sekolah menengah dulu. sy ingin sekali berkawan rapat dengan anta. tetapi masa mencemburui.

Mendayu-dayu bertiup bayu
tasik cina selatan
terenjis embun sejuk damai
dari pepohon hijau pandan
yg bergerak-gerak
diusik merpati berkejaran
bersiul-siul riang terus
terbang ke awangan
sedang tubuh ini berehat memerhati
alam ciptaan tuhan Yang Maha Pengasih
Yang Maha Penyanyang

Terkial-kial atas ranting kayu
kumpulan kerengga memungut sagu
seekor melihatku lantas digigit
sakit juga rasa di gigitnya
lantas ku beralih
mencari tempat lain
untuk bersinggah sahaja

sampai di hilir bukit
aku ambil nafas
lega tanpa anasir yg menyengat
kerengga tadi pun telah mati ku buang

Tiba terkenang
Sahabat manis pengubat lara
Saat sama berlari mengejar mimpi
menuju hala pergi mendatang

Sahabat manis
Persis pembantu nakhoda
Berlayar di bahtera yang sama
Sekumpulan yg mengembara
Di atas medan lautan dunia

Aku terpana
Siapakah aku pada
Sekumpulan sahabat manis
Bisakah kudrat ini membantu
Jika mereka perlu kerna kekuatanku
Bukanlah sekuat badang pemakan muntah hantu

Hai sahabat manis
Saatku duka kita berkongsi cerita
Tiba waktumu sayu
Aku menumpang sama
Makan belanja kongsi ilmu bersama
Melawak melepak berjimba semua
Kamu sungguh istimewa
Sahabat manisku buat selamanya

Moga hidupmu bahagia
Berjumpa lagi di balik masa
Biar sudah terhenti detiknya
Kerana aku sentiasa berdoa
Agar dipertemukan dalam sihat sejukurnya
Di keabadian nikmat setelah sekian lama
Kita tidak berjumpa

Mohon jaga iman
Hai sahabat manis
Kerana Allah Maha Kuasa
Dan aku menyayangimu
Kerana-Nya

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates