Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Saturday 24 May 2014

Sebelum jatuh ke dalam

Maksiat itu banyak..jadi banyaklah juga cara manusia terperangkap dalamnya..ada yang terperangkap secara sengaja, tidak sengaja, rahsia mahupun terang-terangan. maksiat itu merupakan perkara yang hina seperti zina, membunuh diri, menipu, mengumpat dan lain-lain. kita tidak boleh melakukan maksiat kerana ia merupakan satu perbuatan yang boleh mengurangi keseimbangan alam dan merosakkan seseorang individu yang terlibat dengannya. berlaku banyak kerosakkan yang kita tidak ketahui hanya akibat zina contohnya. saya ada dengar dari seorang ustaz yang apabila seorang hamba Allah berzina maka malaikat terpaksa menahan tiang di sidratul muntaha dari runtuh kerana goncangannya terlalu kuat dan boleh menyebabkan langit runtuh ke bumi.

Kita perlu mengetahui yang maksiat itu banyak macam tetapi hanya satu sahaja jalan keluar bagi masalah ini. itulah yang menyebabkan manusia susah untuk keluar sedangkan sewaktu memasuki maksiat terlalu banyak jalan yang boleh diterokai, tetapi ketika mahu keluar darinya di dapati hanya ada satu jalan sahaja yang boleh dilalui. satu jalan inilah yang dipenuhi selumbar duri, lautan lahar panas, ombak deras berputar-putar dan macam-macam lagi dugaan. ketahuilah bahawa jalan yang satu itu adalah untuk bertaubat dan memastikan benda yang sama tidak berlaku lagi biarpun sudah ketagih dengan maksiat yang dilakukan

Ada satu jalan lagi iaitu untuk mengelakkan dari memasuki jalan maksiat sebelum berniat hendak memasukinya. tetapi jalan ini hanya boleh sebelum kita melakukan bukanlah selepas. maka berjaga-jagalah dari pintu-pintu maksiat yang di hias indah oleh syaitan sedangkan di sebalik pintu itu ada gaung yang dipenuhi dengan kekosongan. apabila jatuh ke dalamnya maka tiadalah dapat merasai tapak di bumi akibat jatuhnya tidak berkesudahan. pintu maksiat seringkali di hias syaitan dengan gelora nafsu yang berkecamuk ingin menikmati sisa-sisa kehidupan di dunia. banyak sekali manusia terpedaya dengan tipu daya hasutan syaitan melalui nafsu kerana pada fitrahnya manusia sukakan limpahan nikmat. Duka dan lara bercampur keinginan untuk berseronok merupakan satu faktor yang sukar dibantu oleh orang lain sewaktu mereka ingin melakukan maksiat kerana adanya keinginan ini. maka ingatlah bahawa solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar



0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates