Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Saturday 10 May 2014

Muhasabah bersama hadis

Dari Abi Musa al-Asyari r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Satu ketika berdiri di hadapan kami memberi lima rangkai kalimat. Maka sabdanya: Sesungguhnya Allah SWT tidak tidur. Dan tidak selayaknya bagi Allah SWT itu tidur. Mengurangi dan menambahkan rezeki. Mengangkat amalan malam sebelum amalan siang. Dan mengangkat amalan siang sebelum amalan malam. Hijabnya daripada nur, jika ia dibuka nescaya sejauh mana makhluk yang dapat dilihat akan terbakar kerananya. (HR Muslim)

Dari Abu Zar Al-Ghifari r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu pun yang lebih mendekatkan diri kepada Allah, kecuali dari perkataan yang asal yang keluarnya daripada Allah, yakni Al-Quran. (HR Mustadrak Hakim)

Dari Abdullah bin Amr bin As r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka Allah SWT akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. Dan jarak antara dua khandak (parit) adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun. (HR Hakim)

Dari Naufal bin Muawiyah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa terluput solatnya adalah seumpama dia kehilangan ahli keluarganya, hartanya dan segala kekayaannya. (HR Ibn Hibban)
                                                                                                                                                                        
Dari Saad r.a menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda: Allah SWT menyukai hamba-hamba yang bertakwa, yang tidak berharap kepada makhluk dan tidak terkenal. (HR Muslim)

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates