Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday 26 January 2014

Sunnah


















Sunnah itu indah. Indahnya sunnah bukan bermaksud sunnah itu sekadar perhiasan zahir. Sunnah itu indahnya memberi manfaat kepada zahir dan batin manusia. ada dua bentuk sunnah. Iaitu sunnah untuk manfaat kesihatan tubuh badan dan perlindungan batin melengkapi rohani serta jasmani. Sunnah yg selalu susah untuk di amalkan ialah sunnah untuk perlindungan batin yang melengkapi rohani serta jasmani.

Di sini saya memberi beberapa contoh sunnah :

1) makan buah-buahan sebelum makan atau ketika makan. Jangan makan buah-buahan selepas selesai makan.

2) tidak bercakap berlebihan dan ketawa atau mengilai ketika makan

3) berhenti sebelum kenyang

4) makan ketika lapar

5) makan dalam posisi yang sunnah

6) baca doa ( makan, tidur, masuk keluar tandas, masjid dll )

7) ambil wudu sebelum tidur

8) basuh tangan cara sunnah

9) sebelum makan celup jari kelinking dengan permukaan garam, jangan basahkan jari kelinking. Cukup kemam garam yg terkena jari kelingking yg kering sebelum makan.

10) pakai selipar, mula menyarung dengan kaki kanan separuh, pastu sarungkan kaki kiri sepenuhnya dan sarungkan kaki kanan sepenuhnya. Bermula dengan kanan dan berakhir dengan kanan sifirnya

11) bersugi sebelum solat

12) tidak berbual ketika ambil wudhu

13) tidak melengahkan mandi wajib

14) makan dengan tangan kanan

15) elak minum ketika makan kecuali jika tercekik

16) mandi untuk mengharumkan dan memakai haruman

17) mulakan dengan Bismillah

18) banyakkan Alhamdulillah

19) banyakkan berzikir

20) tika ditimpa musibah, la haw la wala kuwata illa billahil a’liyyil a’zim

21) tika berita kematian, inna lillahi wa inna ilaihi rojiun

22) senyum

23) sedekah

24) senyum ketika sedekah

25) tidak mengungkit sedekah

27) menenangkan hati orang lain dengan kebenaran

28) tidak membawa mudharat kepada orang lain

29) berakhlak kepada isteri

30) memimpin rumah tangga cara Rasulullah SAW

31) dan lain-lain

Dengan mengamalkan sunnah kita dekat dengan Rasulullah. Malaikat pun akan mendekati kita. Syaitan akan sedikit slow dalam menghasut. Tiada rugi dalam mengamalkan sunnah, kan??

Maka apa ditunggu lagi. Nak start esok ea? Kenapa bukan sekarang?


“Senyum itu sunnah dan sedekah, sabar itu sinaran”

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates