Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday 21 January 2014

satu pertanyaan

Kadang-kadang kita selalu meletakkan harapan yang tinggi kepada seseorang kerana kagum dengan nilai yang ada bersama dengannya. Tetapi tatkala kita menyedari bahawa harapan itu dibelakangi oleh mereka, jalan yang harus dilalui akan lebih susah lebih mencabar. Kita memandang tinggi akan seseorang punya iman ilmu amal dan ihsan. Tanpa menyedari yang sebenar-benar pandangan ialah pandangan mata hati. Mata yang hanya mampu berkedip-kedip saat kagum inilah yang diambil sebagai bukti bahawa betapa ketaksuban itu memakan diri sendiri.

Biarpun ditinggalkan, hidup tak pernah berhenti. Tetapi kita ditinggalkan bersama-sama ketaksuban itu tanpa siapa membaiki. Tanpa di sedari langkah yang besar di atur rapi dulu semakin mengecil. Semakin didapati susah melangkah ke jalan kebaikan. Seringkali patah balik mundar-mandir kerana tersalah masuk ke jalan kejahatan. Kita pandang, dia sudah pergi jauh tanpa menjenguk kita walau satu kali. Langkah semakin lemah, kian rebah. Tenaga yang tersisa dikerah merangkak perlahan-lahan menuju ke arah impian.

Tanpa ku sedar, dia tak pernah mengenali kita. Kita tak mampu mengejar lagi kerana kesibukannya yang sedang menjadi seorang alim. Alimnya dapat ditatap tetapi mungkinkah kerana dosaku kita dijauhkan daripadanya. Sahabat, janganlah tinggalkan aku keseorangan bersama-sama dengan kejahatanku. Tegurlah aku dengan kekerasan kerana hatiku degil. Jangan kasihani daku kerana itu tugasmu untuk menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Jika aku tersalah, maka perbetulkanlah dan maafkanlah.
Jika aku rebah, maka angkatlah dan stabilkanlah
Jika aku pecah, maka cantumkanlah dan lekatkanlah
Jika imanku lemah, maka kuatkanlah dan bimbingkanlah

"Bullets only kills with guns
Jet cannot fly without fuels
Fireworks need embers to shine
Iman is completed by ukhwah fillah Abadan abada"

Moga bertemu disyurga dalam selamat dan sejahtera =)


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates