Dari Abu Umamah r.a
berkata seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Pesuruh Allah!
Apakah itu iman? Baginda SAW menjawab: Apabila kamu berasa gembira dengan amal
kebaikanmu dan kamu merasa benci dengan amal keburukanmu, maka kamu adalah seorang
yang beriman (mukmin). (HR Al-Hakim)
133. |
۞ وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ
رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ
لِلْمُتَّقِينَ
|
|
Dan segeralah kamu kepada
(mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu
dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang
disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;
|
119. |
قَالَ اللَّهُ هَٰذَا يَوْمُ يَنْفَعُ الصَّادِقِينَ صِدْقُهُمْ ۚ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا
أَبَدًا ۚ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
|
|
Allah berfirman: Inilah hari (kiamat)
yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan)
mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah
kejayaan yang amat besar.
|
Ucap syukurlah kita kepada
Allah yang telah memberikan kita nikmat yang paling tinggi daripada
nikmat-nikmat yang tinggi iaitu nikmat iman dan islam. Tanpanya sudah tentu
kita tidak selamat dan sejahtera daripada azab yang menimpa mereka yang tidak
mensyukuri nikmat islam dan iman.
Seorang manusia mempunyai
banyak teman dalam hidupnya. Dan salah satu teman karibnya yang akan menemaninya
sehingga ke hari akhirat ialah amal. Bukannya Muhammad amal.. Tapi amal
perbuatan kita di dunia.. Itulah satu daripada peneman setia kita di akhirat. Amal
kita di dunia ini lah yang akan menjadi saksi kepada Allah tentang apa yang
kita kerjakan.. Bukankah amal itu ialah makhluk Allah??
Maka mereka yang
mengerjakan amal yang soleh, akan mendapat teman yang soleh di akhirat..
Manakala mereka yang beramal dengan amal yang buruk akan mendapat teman yang
buruk di akhirat. Contohnya, amal membaca Al Quran. Bagi mereka yang menjadikan
Al Quran sebagai teman sejati mereka, membaca, memahami, bermuhasabah dan
beramal dengan apa yang terdapat dalam Al Quran maka bagi mereka teman sejati
di akhirat yang menjadi saksi kepada Allah bahawa kita melakukan amal soleh di
dunia. Bagi mereka yang langsung tidak mengendahkan Al Quran, membacanya dengan
tiada rasa ingin beramal dengan isi kandungannya dan yang sewaktu dengannya,
akan didakwa oleh Al Quran yang menjadi saksi bahawa mereka tidak melakukan
amal soleh di dunia.
Melakukan amal soleh tidak
merugikan malah ia menguntungkan kita. Buatlah amal soleh dengan istiqamah dan
jangan putus asa untuk memperbaiki amal kita seharian. Sentiasa lah check in
diri anda supaya anda tidak melakukan kesalahan dan minta maaflah jika buat
salah dengan orang lain. Kerana amal itu makanan kepada sifat zalim kepada
orang lain. Cuba bayangkan jika di akhirat, kita mempunyai pahala amal soleh
yang bergunung-gunung tetapi semuanya habis digunakan untuk membayar ‘hutang’ kita terhadap orang lain. Maka
tunaikanlah hak orang lain dengan tidak menzalimi mereka. Kepada pihak yang
kena zalim pun hendaklah memaafkan dengan mudah kerana memaafkan itu juga amal
soleh yang boleh menjadi saksi di akhirat nanti.
Jangan pandang remeh
dengan amal soleh.. Sedangkan orang yang beriman dan beramal solehlah yang
dapat menetap dalam syurga. Di mana kita dapat bersujud berdepan-depan dengan
Allah, dapat bertemu Rasulullah, dapat bermesra dengan zaujah-zaujah dan
bidadari dan lain-lain lagi. Jadi set lah in your mind that amal soleh is
important in our daily lives.
Konklusinya, amal soleh
yang baik menyebabkan kita mendapat sakinah manakala amal soleh yang buruk
menyebabkan kita mendapat kutukan laknat. Maka lakukanlah perkara yang baik
kerana itu ialah amal soleh yang baik.
=)
0 comments:
Post a Comment