Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Thursday 20 February 2014

Semester 2 di UM

Semester 1 telah berlalu meninggalkan seribu kenangan berbagai rasa. Pahit manis pengalaman yang dilalui sementara menjadi penuntut ilmu di Universiti Malaya tetap menjadi pencetus kepada hari esok yang semestinya lebih mencabar dari hari ini. Biarpun di landa dengan arus kesibukan yang terlampau tetapi ia semestinya tidak menukarkan manusia menjadi robot mahasiswa. Di medan inilah bergunanya ilmu-ilmu yang di pelajari sebelum ini. Ilmu-ilmu inilah yang boleh dijadikan sebagai penebat kejutan daripada budaya-budaya kotor. 

Alhamdulillah, semakin hari berlalu di sini semakin luas pemikiran, jauh pandangan dan besar penghargaan. Di beri peluang untuk mengenali pelbagai bentuk dan ciri-ciri sahabat juga banyak menyumbangkan kepada pengajaran minda ini untuk jadi lebih matang dan besar. Kesedaran yang tinggi memuncak mendorong keinginan untuk meninggalkan kepompong dulu. Melonjak-lonjak untuk keluar terbang ke angkasa luas. Persekitaran yang bukan sahaja berbeza dengan rumah dan asrama, malah tempat ini jauh sekali dengan atmosfera zaman kanak-kanak dahulu. 

"Aku telah patri pada sungai hati
Aku telah lukis pada cermin budi
Aku telah ukir pada tulus erti
Untuk aku terus mapan berdiri
Memegang janji

Biarlah atmosferaku hampir terbakar
Biarlah musim-musimku jadi kemarau
Sekalipun ilusi dan fantasiku kering garing
dan tanah mimpiku merekah
tunggu pecah menanti musnah
Aku tetap akan teguh berdiri

Andai segala-galanya hangus
Andai arang jadi abu
Andai hitam jadi kelabu
Aku akan cekal mengharung hidup
Sekalipun aku di siniTerperuk menunggu mati"
-di petik dari novel

Ketika kecil-kecil fitrah dulu, ada banyak yang di rindui, banyak yang ingin di alami semula. Mengaji Al Quran bergurukan datuk, melihat kehidupan di sekitar rumah, pergi ke kebun-kebun kampung dan menikmati keadaan bebas daripada dunia dewasa. Namun, di situ ada hikmahnya tertanam dalam peti yang kemas dikunci dan tak akan pecah walau di hempap lori. Biarpun halwa-halwa angin yang damai sekali bertiup di kala waktu subuh turut hilang menjelang petang, yakinlah esoknya mungkin ada lagi.

Semester 2 turut mencabar, kerana perlu mendaki ke puncak. jika tersungkur maka haruslah bangun kembali. kerana aku tidak mahu perjuangan ini berhenti di pangkal jalan. episode ini mesti di teruskan hingga ada penamatnya.
  

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates