Semua manusia ada perasaan. Cuma ada yang mempunyai
nilai perasaan yang kosong sehingga mereka tidak tahu apa yang dirasakan. Saat
gembira bagi mereka umpama masa untuk berseronok semata-mata. Saat sedih bagi
mereka umpama masa untuk melepaskan pedih dalam hati. Saat tidak keharuan bagi
mereka umpama masa untuk termenung dan berfikir dengan masalah yang ditimpa.
Saat sibuk bagi mereka umpama masa untuk menyelesaikan tugas dan terus bekerja.
Saat manja bagi mereka umpama masa untuk bermesra. Biarpun mereka punya
perasaan, tetapi bukankah perasaan sedemikian itu lemah?
Boleh saja ketika kita rasa gembira, ujian datang
menerpa menyebabkan kita tidak bersedia untuk mengalami perubahan perasaan yang
ketara. Ini menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi atau tekanan perasaan
mereka terhadap apa yang mereka hadapi. Contohnya di hari perkahwinan, anda
rasa sangat bahagia bersama isteri ataupun suami yang baru membina mahligai
kasih sayang. Sudah tentu perasaan itu mulai berputik untuk menimbulkan rasa
sayang kepada pasangan hidup masing-masing. Tiba-tiba perkara yang tidak
diingini berlaku di luar jangkaan anda (saya tak mahu sebut..anda pandai2lah
reka trajedi sendiri ye). Sudah tentu perasaan lain akan menerjah dan
menyebabkan ketidakstabilan perasaan kerana emosi yang membuak-buak.
Betulkah kita sudah bersedia??
84. | وَتَوَلَّىٰ عَنْهُمْ وَقَالَ يَا أَسَفَىٰ عَلَىٰ يُوسُفَ وَابْيَضَّتْ عَيْنَاهُ مِنَ الْحُزْنِ فَهُوَ كَظِيمٌ | |
Dan (bapa mereka - Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata: Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati. |
Yusuf ayat 84
Bukan maksud saya yang kita kena solid sentiasa
seperti perisai yang tak berbuat apa-apa saat ditembak dengan bom nuclear,
hanya mampu menahan je. Bukan juga maksud saya yang kita kena pandai kawal
minda dan perasaan kita kerana Allah yang mencipta dan Allah jua lah yang
menentukan apa yang diperbuat oleh minda dan perasaan kita. Bukan!!
Memang, kita tiada kuasa walau sedikitpun untuk
berjalan mahupun berdiri di jalan yang benar kecuali Allah memberikan kepada
kita kekuatan untuk meneruskan perjalanan.
Al fatihah
7. | وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ | |
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: Perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; - |
Al hujurat ayat 7
Mengikuti jalan yang lurus..itulah dia kuncinya..anda
faham??
Baiklah..saya tiada kuasa untuk membuatkan anda faham
apa yang saya maksudkan tetapi mudah-mudahan anda dapat memahami dengan
izin-Nya
Saya mahu menerangkannya tetapi ilmu saya belum cukup
tinggi..bimbang jugak..
Jadi itu sahajalah yang termampu dari saya..moga
bermanfaat untuk kita semua..
Saya bakal penuntut university malaya jurusan engineering
biomedic prosthetic and orthotic.. bulan 9 ni sy akan bergelar penuntut..
nervous.. mohon doa.. agar dikuatkan iman dan dapat sakinah daripada
pengajian..biarpun tak dapat masuk kos agama.. huhu..bahasa arab tetap di
hati..
Kerana bakal menjadi seorang yang sibuk..jadi saya
meminta maaf jika ada salah dan silap sama ada yang nyata, tersembunyi, yang
saya tidak tahu dan yang saya tahu terhadap diri pembaca-pembaca sekalian.
Mohon maafkan daku..jangan simpan dendam tau,, nanti cepat tua.. salam saya
ucapkan, dan moga diberi kelapangan masa untuk menulis di kemudian hari..
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barokatuh wa maghfiratun wa ridhwan,,,,
0 comments:
Post a Comment