ingatkah lagi sahabat
di pinggiran waktu
masa setahun jagung
menuntut ilmu madrasah
sama menadah berkat
dari guru hebat-hebat
dulu aku pemain bola
tapi dirimu seorang qari
tiada ikatan malah senyuman
namun hakikatnya hanya angan
dulu aku sering kagumi
seorang penulis kemas rapi
ramai sahabat mendekati diri
aku tinggal diberanda sepi
dulu aku terpesona mendengar
ucapan penuh personaliti jiwa
menutur dimata dihati tiada
setelah turun pentas utama
aku sekarang mengenal
siapa palsu siapa benar
ku ditunjuk
pelbagai nafsu
pelbagai akal
ada yg baik
ada yg buruk
tiada musuh
wahai sahabat
engkau bukan duri
dalam isi hati
tetapi pengajaran pahit ini
ku akan pendam
sebagai peringatan
masa hadapan
Thursday, 5 January 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)