Tiga
minggu sebelum exam..
Sedar
tak sedar sudah aku sudah hampir meninggalkan alam pengajian di matrikulasi.
Banyak kenangan baik yang manis mahupun yang pahit sepanjang berada di sini.
Saya rasa sangat bersyukur kerana ada hikmahnya kenapa aku ditakdirkan untuk
menyambung pengajianku di alam matrikulasi yang terletaknya di kolej mara
kulim.
Teringat
waktu sebelum aku masuk ke sini. Selalu sahaja bertekad nak masuk university
yang menjadi impian hati, iaitu Unisza dan UIA dalam bidang bahasa arab. Memang
mintak bahagian matrik pun sebab ibu dan ayah je yang suruh. Memang asalnya tak
ikhlas pun nak masuk matrix.
Namun
kerana mendapat tawaran ke UITM Arau, Kedah dalam bidang kimia perindustrian..
saya rasa berat untuk pergi ke alam university.. jadi fikir punya fikir, masuk
laa juga ke matrix di kolej mara kulim..
Pada
mulanya aku terbayang yang suasana di matrik mesti kelam kabut sebab silibusnya
padat dan perlu cover dalam jangka masa yang singkat. Aku juga rasa macam tentu
susah nak bergaul kerana kesibukan dalam pelajaran. Setelah masuk, memang benar
sukatan pelajarannya padat.. Namun, sahabat-sahabat di sana tak lah dingin dan
terlalu mementingkan pelajaran daripada hubungan silaturahim antara kawan.
Di kolej
mara kulim juga aku berjumpa dengan seorang kenalan yang mengajar aku erti
hikmah dalam berfikir. Dia berjaya mengubah cara pemikiran aku daripada yang
selalu suka berangan-angan kosong kepada gaya berfikir yang lebih rasional dan
berfaedah.. Di kolej ini juga aku dapat memerhatikan pelbagai jenis pengajaran
daripada pemerhatian sifat-sifat semua penuntut dan pensyarah.. Aku turut
gembira kerana dapat menikmati satu kebahagiaan sewaktu berada di kolej..
“KEBAHAGIAAN”
Semua
manusia mengidamkan kebahagiaan. Saya sendiri pun sukakan kebahagiaan. Tiada
seorangpun manusia yang suka akan penderitaan. Huh, kalau ada laa manusia yang
bahagia dengan penderitaan yang di alami itu alamatnya menyeramkanlah.
Bahagia
itu ada bermacam bentuk. Telah menjadi perkara biasa jika kita bahagia apabila
mendapat hal yang baik-baik seperti keputusan yang cemerlang, selalu di puji
pensyarah dan mendapat perhatian daripada sahabat-sahabat. Kebahagiaan yang
saya mahu nyatakan di sini ialah satu kegembiraan yang dikecapi apabila dapat
melihat hikmah disebalik sesuatu ujian yang terjadi di hadapan kita.
Hikmah
itu rahsia Allah, juga rahsia manusia. Maka bersyukurlah kepada Allah atas
nikmat kurniaan yang melimpah ruah. Sama ada nikmat zahir mahupun nikmat yang
tersembunyi..
Tak
tersangka yang hidup yang aku luangkan sepanjang berada di kolej ini sungguh
bermakna.. hehe.. untung dapat duk di Kolej Mara Kulim.. =) =) =)