Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday, 29 December 2013

lisan dan hati antara imbaian dengan diri

Mulanya gemar mengejar
Sekarang ketagih dah tak mau
Dulu kata ini tak puas itu tak jemu
Kini tengok saja dah terpaku terkedu-kedu
Gian merintih langkah yang pergi
Biarpun hati dah makin keras makin mudah pecah
Daging pun dah tak mampu dibentuk lagi
Air jernih suci dimata tak turun
Biarpun hati menumpu tetap tak berbalas
Mungkinkah gelap mungkinkah mati
Apa gunanya masih bernafas lagi
Jika telah diketahui
Langkah  seterusnya bakal dipijak kaki
Andaikata di mata tiada tempat berpaut
Lampu lilin di tangan semakin habis
Geraham dahulu erat memegang
Luruh jatuh dibelasah kerugian

Burung hantu turut kata
Bangun malam biar terjaga
Kejutkan dia hati yang lena
Renjis di mata hati
Biar mengantuk pergi
Jangan dibiarin
Jangan terus dibiarin

Hati yang lemah hampir nazak ialah mangsa utama para syaitan dan iblis yang direjam. Kerana hal nya hati yang lemah banyak penyakitnya. Dan jika iblis dan syaitan menyamar sebagai dukun diraja kepadanya raja anggota iaitu hati, maka susahlah mahu ia menolak jika tiada langsung pegangan iman. Hati yang berada di jalan yang lurus akan melihat syaitan itu di sudut yang betul dan menjauhinya. Manakala hati yang tidak berada di jalan yang lurus akan melihat apa sahaja yang dibawa oleh syaitan itu sebagai permainan yang boleh mengubat duka lara dan kesakitan di jiwa.

Degup kali kedua
Lemah dari yang pertama
Macam mesin tunggu diservis
Jika tidak berkarat rosak habis
Degupan ketiga mungkin mati
Maka harapan tiada lagi

Ikan di laut
berzikir
Asam di darat
berzikir
Burung di pokok
berzikir
Cacing di tanah
berzikir
Kita atas rumah
Makan tidur mandi
Berzikir sikit-sikit

Burung murai pesan
Bisik kat kalbu
Dengan lisan jangan terkedu
Berzikir seru dia bersujud
Kau berkatalah jangan selalu senyap
Baik itu pahit
Tapi pahit itu ubat
Untuk penyakit-penyakit

Lisan pula anggota yang dikenali dengan ketajamannya yang boleh melukakan hati tanpa darah. Lisan boleh menyebabkan hati terkena penyakit. Tidak semestinya dengan kata-kata dusta yang menerpa ibarat virus yang kuat mampu menghapuskan immunity iman sahaja. Lisan yang senyap juga ibarat pisau yang menikam dari belakang. Kerana terlalu senyap. Hingga terabai tanggungjawab, tak sebut kalimah mukjizat, tak endah kata-kata manfaat. Lisan yang senyap itu lebih degil dari yang berkata-kata. Kerana ia menutup hatinya sendiri untuk menerima. Lidah yang berkata-kata berlawan berdepan-depan, manakala lidah yang senyap menunggu masa untuk tikam di belakang. Jangan pernah kata yang diam itu penyelesaian untuk segala-galanya. Sedangkan suami yang dayus biarpun dia melakukan ibadah sepanjang hari ditambah dengan puasa setiap hari akan ditarik isterinya yang tidak menutup aurat ke jahanam, dan duduk di situ selamanya.

Hati itu lebih lemah dari lisan. Kerana itulah kita dituntut melakukan dengan lisan daripada hati. Maka berhati-hatilah kerana lisanmu itu perlu dijaga


"tidak lurus iman seseorang hamba selagi tidak lurus hatinya dan tidak lurus hatinya sehingga lurus lisannya .....(sehingga akhir hadis)"

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates