
Biarpun ditinggalkan, hidup tak pernah berhenti. Tetapi kita
ditinggalkan bersama-sama ketaksuban itu tanpa siapa membaiki. Tanpa di sedari
langkah yang besar di atur rapi dulu semakin mengecil. Semakin didapati susah
melangkah ke jalan kebaikan. Seringkali patah balik mundar-mandir kerana
tersalah masuk ke jalan kejahatan. Kita pandang, dia sudah pergi jauh tanpa
menjenguk kita walau satu kali. Langkah semakin lemah, kian rebah. Tenaga yang
tersisa dikerah merangkak perlahan-lahan menuju ke arah impian.
Tanpa ku sedar, dia tak pernah mengenali kita. Kita tak mampu
mengejar lagi kerana kesibukannya yang sedang menjadi seorang alim. Alimnya dapat
ditatap tetapi mungkinkah kerana dosaku kita dijauhkan daripadanya. Sahabat,
janganlah tinggalkan aku keseorangan bersama-sama dengan kejahatanku. Tegurlah aku
dengan kekerasan kerana hatiku degil. Jangan kasihani daku kerana itu tugasmu
untuk menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Jika aku tersalah, maka perbetulkanlah dan maafkanlah.
Jika aku rebah, maka angkatlah dan stabilkanlah
Jika aku pecah, maka cantumkanlah dan lekatkanlah
Jika imanku lemah, maka kuatkanlah dan bimbingkanlah
Jet cannot fly without fuels
Fireworks need embers to shine
0 comments:
Post a Comment