Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday, 8 December 2013

sekadar penulisan tentang perjalanan

Perjalanan itu dimulakan dengan langkah dan langkah pula dimulakan dengan pemikiran dan pemikiran pula dimulakan dengan niat. Niat yang baik akan memperbaikkan seluruh perjalanan. Niat yang buruk tak semestinya memburukkan perjalanan kerana hanya Allah yang berkuasa membolak balikkan hati seseorang manusia. Curam, batu, akar-akar kayu yang besar tidak menjadi penghalang ditengah perjalanan. Apa yang menghalang ialah perasaan yang menjadi penghuni hati kita. Perasaan mengawal tindakan. Malah tiada perasaan itu juga sejenis perasaan.

“Kenapa kita bercakap tentang perasaan? Kenapa tak cakap tentang iman, takwa, itikad dan lain-lain? “

Perasaan itu elemen yang penting untuk dimanipulasi sebelum seseorang itu menerima tarbiyah. manusia punya pelbagai perasaan. Ada yang mudah marah, suka fikir bukan-bukan, suka bertindak melulu, suka simpan niat buruk, suka fikir yang teruk terhadap sifat seseorang yang buruk, suka membuat maksiat seperti seorang penagih maksiat, suka mencabar dan lain-lain. Perasaan itu memang solid dan dikatakan tidak boleh berubah. Tapi sebenarnya perasaan itulah yang paling susah untuk berubah dan juga yang paling senang untuk berubah.

Perasaan itu sifat kepada hati. Ia perlu kepada perasaan untuk terus hidup sebagai insan. Hati yang mati ialah hati yang perasaannya terhadap alam sudahpun mati dan tidak memperdulikan segala yang diperbuat sama ada baik mahupun buruk. Dia buat maksiat tanpa takut ditelan bumi suatu hari nanti. Dia buat dosa tanpa rasa jemu kerana menganggap bahawa semua akan berakhir selepas mati dan perlu berseronok sepuas-puasnya sebelum itu. Dia mahu melihat dengan mata sendiri dan mendengar dengan telinga sendiri akan perkara yang ghaib kerana tidak percaya dengan benda itu.

Hal inilah yang dikatakan hati itu pelik. Ia berubah sekelip mata. Ada manusia yang solat lima waktu, hafal quran, qiam setiap malam dan banyak kali puasa sunat tetapi dia tidak dapat tahan untuk melakukan dosa dan maksiat. Ada manusia yang menjadi ulama malah menjadi rujukan kepada para alim ulama tetapi akhirnya hatinya terbalik kea rah maksiat dan dosa yang menjahanamkan dirinya sendiri. Ada manusia yang melakukan dosa sepanjang hidupnya tetapi di saat kematiannya dekat Allah memberikan kepadanya taufik dan terus bertaubat serta meninggal dunia dalam keadaan yang baik. Ada yang melakukan kejahatan dan tiada peluang untuk membuat perkara yang baik walau sekalipun dalam hidup seumpama dia tidak pernah mengenal apa itu islam, iman dan ihsan dan mati dalam keadaan itu. Ada yang sejak lahir lagi di ajar apa itu islam, iman dan ihsan dan dia turut diberikan tarbiyah, di tetapkan hati dalam jalan yang benar dan mati dalam keadaan itu.

Kematian itu satu kepastian. Jangan biarkan perasaan kita mati dulu sebelum tibanya ajal kerana jika hati kita mati maka sudah tiada pengganti. Hanya milik Allah sahaja kekuatan untuk membolak balikkan hati. Maka berdoalah tanpa jemu supaya Allah menjaga hati kita dalam ketuhar kehidupan. Hidup ini boleh diumpamakan sebagai daging burger yang diletakkan di atas tempat membakar burger. Sekejap sahaja masak tetapi mesti diterbalikkan untuk ia masak. Kalau sebelah saja masak tiada pun orang mahu makan.


Perasaan itu tidak mampu berubah tanpa hidayah dan taufik dari Allah SWT. Jangan lupa sebut nama Allah tiap-tiap hari. Baca quran. Supaya hati masih bernafas. Ingat hati tu bukan jantung kerana jantung yang berdegup tidak semestinya melambangkan yang hatinya masih hidup. Wallahu a’lam

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates