Semalam aku bermimpi diriku
berada di satu sudut sedang menunggang motorsikal bersama sahabatku untuk pergi
ke satu tempat. Tempat untuk bersantai-santai dan berehat. Aku membonceng
motosikal baru, dan sahabatku menjadi penumpangnya. Tak sabar rasanya mahu
sampai ke tempat itu walaupun tidak ku tahu dimana letaknya. Aku hanya
mengikuti mimpi itu, menaiki motorsikal seolah-olah telah mengetahui dimana
tempat itu berada. Keluar dari university Malaya, melalui stesyen university
dan ke jalan yang tidak aku kenali. Aku mendapati di tengah jalan ada banyak
kenderaan-kenderaan yang lain, ada yang menaiki kereta, ada yang membonceng
sepertiku dan ada yang berbasikal. Seperti biasalah macam tu di jalan raya.
Tiada peliknya kan. Tetapi yang hairannya aku tak berhenti menaiki motorsikal,
seolah-olah macam tempat itu lebih jauh dari perjalanan di bumi, seolah-olah
satu perjalanan ke tempat yang jika pergi, tak dapat kembali semula. Aku
bangun. Azan subuh berkumandang..
Time tu tak terfikir apa-apa,
jadi aku sambung tidur semula.. pagi ni aku bersarapan di kfc. Pergi singgah
lepas hantar assignment. Sebab lama mengidam nak makan..huhu.. lepas habis
sarapan aku terus balik ke kolej kediaman, buka laptop kononnya nak study di
study week ni. Rupa-rupanya mata masih kuyu lagi dan hasrat nak tidur tu wujud
lagi dalam hati. Jadi teruslah berehat hinggalah tertidur. Bangun dari tidur,
azan zuhur pulak berkumandang sama seperti waktu subuh tadi. Tetapi sekali lagi
aku tidak menyertai jemaah dan terus sembahyang sendiri di dalam bilik.
Aku terfikir, kenapa tidak aku
menyertai solat berjemaah di masjid? Adakah aku sengajakan keuzuran pada
diriku? Sebenarnya aku sudah terbangun dari tidur dua kali kerana mendengar
azan dan aku rasa macam dipanggil untuk solat bersama-sama dengan yang lain di
surau kolej. Tetapi aku tetap tak pergi. Di hati macam ada timbul persoalan di
situ.
0 comments:
Post a Comment