
Tetapi tanpa iman perjalanan hidup seakan tidak dapat dipercayai
lagi. Berada di dalam keadaan yang was-was kerana kecundangan hasrat untuk
meneruskan hidup dan tidak mengetahui apa yang patut diisi dalam hati. Sampaikan
satu tahap, dicari satu pengisian yang boleh memuaskan perasaan dan jiwa. Sedangkan
diri sendiri yang mewujudkan, dan diri-sendiri yang menjatuhkan hasrat untuk mendapat
pengakhiran yang baik. entiti bergelar syaitan yang dianggap sebagai antagonist
dalam cerita dipersalahkan. Sedangkan diri sendiri yang melakukan dan menurut
apa yang dibisikkannya. Sedangkan diri sendirilah antagonist asal cerita
kehidupan kita sebagai seorang manusia yang lemah. Seorang manusia yang
bermusuh dengan watak sendiri yang memendam rasa ingin merosakkan diri sendiri.
Dalam cerita hidup kita seorang manusia Al Quran, Solat, Puasa, Zakat
dan lain-lain memainkan peranan sebagai watak sokongan yang menyokong padu
perjalanan perjuangan jihad ke arah kebahagiaan hidup di pengakhiran cerita.
Tetapi diri manusia sendiri jugalah yang menghalang hasrat untuk mendekati
watak sokongan kerana terlalu tebal sifat antagonist dalam diri.
Di dalam hidup, kita menjalani episode-episod masa dimana setiap saat
kita berjalan atasnya didapati ada masa yang terluang dan ada masa yang
terbuang. Episode masa tidak menunggu watak-watak malah watak yang mati tetap
ditinggalkan, sehinggalah semua episode setiap watak habis. Mungkin di episode satu
kehidupan, kita dapati yang diri kita punya iman yang tinggi dan beribadah
sepanjang malam tetapi itu tidak menjanjikan perkara yang sama akan berlaku di
sambungannya iaitu episode kedua kehidupan.
Kita yang memainkan dua watak dalam masa yang sama iaitu protagonist
dan antagonist mempunyai pilihan jalan untuk mencorakkan hidup kita sendiri. Kefahaman
yang kotor dan keji tidak lain tidak bukan hanya pemikiran yang diikuti
daripada watak antagonist sampingan seperti syaitan, iblis, kawan dan
sebagainya. Sesetengah watak suka menarik watak lain untuk bersama-sama
menulusuri kehidupan dengan pengakhiran yang sama, sama ada pengakhiran yang
baik mahupun pengakhiran yang buruk. Sesetengah watak yang lain suka
mengetepikan watak lain dengan sengaja tidak menegur perbuatan salah yang boleh
mengundang kemudharatan kepada kedua-duanya.
Kita makhluk yang punya cerita jalan hidup yang pelik. Jangan mempersoalkannya
kerana itulah yang terbaik. Itulah sahaja jalan yang sesuai untuk diterokai
oleh kita makhluk yang bergelar manusia. Kerana jalan itu mengubah kita untuk
menyedari yang masih ada harapan untuk mendapat pengakhiran kisah hidup yang
bahagia selamanya.
Doakan saya dapat pengakhiran yang baik..Moga Allah SWT memberkati
kita semua..In shaa Allah..
0 comments:
Post a Comment