Selembut angin syurga meniup kala subuh,
seindah sinar hidayah yang disuluh,
semekar haruman bunga iman
menghiasi kamar amalmu
tidurmu di dunia
untuk bangun gembira di barzakh
rindunya ingin bertemu
dengan cintamu
yang menciptamu
itulah nikmat teragung
kali ini kamu tersadar
memegang tangan erat
bersangkut di jalan redha
bertaut di celahan
rimbunan jahiliyyah
untuk terus bernafas
kerana-Nya
Alhamdulillah satu hari yang indah..dengan nikmat masa yang diberikan
untuk diluangkan di atas jalan-Nya..dengan nikmat sihat tubuh badan walau demam
sikitpun masih boleh berjalan, berkata-kata dan berzikir kepada-Nya..dengan
nikmat telinga bias lagi mendengar kalimah-kalimah alunan yang mengingatkan
kita kepada keindahan hidup dalam iman..dengan nikmat mata yang masih mempunyai
air mata..Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah dengan limpahan kurnia beserta sakinah kita
dapat menikmati hidup yang perjalanannya membawa kita pada tempat-tempat yang
berbagai-bagai indahnya, landskapnya dengan fizikalnya. Sedangkan isinya hanya
tertumpu kepada yang satu iaitu betapa Allah itu Maha Agung.
Setiap saat, kita dapat nikmat yang lebih daripada saat-saat
sebelumnya. Malah pada saat kita berada ini pun sudah tak terkira nikmatnya. Kamu
dapat membaca setiap satu daripada kalimah yang baik itu juga nikmat. Andaikata
kita berada bersama-sama dengan isteri, adakah kita mahu isteri mengejek dan
memaki kita? Mestilah kita mahu mendengar yang baik-baik darinya. Maka keinginan
itu membuktikan bahawa kebaikan itu diperlukan oleh setiap manusia. Cuma susah
untuk mereka mencari di mana terletaknya anatomy di hatinya yang dahagakan
kasih sayang berupa kebaikan dan hidayah serta petunjuk daripada Allah kea rah jalan
yang benar. Apabila kita dipertemukan dengan kasih sayang Allah, sudah tentu
hati kita akan menggeletar sewaktu ingin melakukan kejahatan.
Lihat dengan mata hati
Rasa dengan jejak itikad
Fikir dengan ikhtiar iman
Yakin dengan tahap akal
Mula dengan kebaikan niat dan bismillah
Akhir dengan kebaikan doa dan Alhamdulillah
Ada satu kisah..kisah yang dilalui oleh makhluk Allah SWT yang
bernama bumi. Bumi selalunya dipijak oleh manusia, binatang, serangga,
mikroorganisma dan segala penghuninya. Biarpun bumi memikul semua itu, beliau
masih mampu untuk menurut segala hukum-hukum yang ditetapkan kepadanya untuk
berputar dan beredar. Usia bumi jauh lebih lama dari manusia. dan cuba kita bayangkan
jika bumi tiba-tiba berhenti. Jika bumi hari ini berkata “Ahh,, malaslah nak
berputar hari ini..pening” pasti semua penghuninya akan terseksa kerana panas
matahari sepanjang hari dan kesejukan malam sepanjang hari. Bumi tetap benci
akan penghuninya kerana ada antara penghuninya yang tidak mengikut perintah
Allah. Beliau mencaci penghuni itu di alam kubur. Fikirkanlah bumi tak pernah
mempersoalkan kenapa dia perlu memikul orang-orang yang berzina, melakukan
maksiat dan berdusta di atas badannya. Malah bumi itu sendiri dikhianati
manusia dengan teknologi yang diterbitkan daripada mereka yang memberi kesan
kepada keseimbangan ekosistem.
Ada satu kisah lagi..kisah yang dilalui oleh makhluk Allah SWT yang
bernama manusia..huhu..tak payah ceritalah..
5 kali sehari..satu bulan di ramadhan..zikir..Al Quran
Jangan ditinggalkan
Kalau mahu
Jadi hamba
Yang taat dan patuh
In sya Allah
0 comments:
Post a Comment