Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Thursday, 12 March 2015

Pengembara

Mungkin aku pengembara
yang baru melangkah sedia
pengalamanku secebis embun
tidak cukup menyirami
taman-taman bunga
Mungkin aku pejalan kaki
sentiasa melihat ke bawah
setiap aral bertingkah payah
semua cabaran berhempas pulas
selirat duri semua dilangkah
dengan penuh yakin dan pasti
aku menerjah pergi
merintangi segalanya kerana
pasti beroleh ketenangan hati
Aku baru pengembara
belasan tahun mengembala
baru beberapa kali biri-biri
diambil serigala
Aku baru pejalan kaki
bukan pelari rintang
yang memikul saudaranya
ke garisan penamat
di hadapan
timbalah air jernih
di sungai ilmu
kerana kita
bukanlah lautan

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates