Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Wednesday, 18 March 2015

Biar apa pun mengalir ke sini

Kelmarin hanya tinggal kenangan, setelah mengharungi mehnah tribulasi kehidupan, pengembaraan membawa kita kepada jalan-jalan yang berbeza. setelah ujian menyebabkan kita kena memilih jalan yang tertentu maka ujian membawa juga seterusnya memberi kita pengalaman yang nyata. interaksi antara manusia yang banyak khilafnya mengajar kita erti peredaran alam yang sentiasa harmoni dengan hikmah disebalik penciptaan yang sedemikian.

Pengalaman itu sesuatu yang dicari dan tidak mengajar tetapi memberi kepada kita kesempatan untuk belajar. penting bagi seseorang individu untuk mencari pengalaman dan hikmah disebaliknya agar lebih melekat pada diri rasa syukur dan ingat akan destinasi tujuan. pengalaman perlu diperhati dan jangan selalu mencari pengalaman baru yang membawa kepada maksiat. mencuba itu boleh menimbulkan niat yang jelas agar kita lebih ikhlas dalam melakukan sesuatu. seperti seorang yang mahu mencuba rasa madu kerana tidak pernah memakannya sebelum ini. setelah mengetahui rasa manisnya madu, dia akan merasa lebih suka untuk memakannya.

Penglibatan dan kesanggupan untuk berkorban itu penting. kerana pengorbanan itu ekonomi kepada alam. prinsip ekonomi alam menuntut kita untuk mengorbankan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai sesuatu. seperti mengorbankan masa untuk membuat sesuatu pekerjaan, mengorbankan harta untuk disedekahkan, mengorbankan hasrat hati untuk menahan diri dari melakukan kesalahan dan sebagainya. umpamanya, siapa yang tidak turun padang, tidak akan dapat untuk menikmati betapa seronoknya bermain bola.

Selain itu, asas agama seperti biasa adalah prinsip utama yang kita perlu sentiasa ada supaya kita tidak melakukan kesilapan dalam memilih jalan pada ujian yang ditempuhi. contohnya, mereka yang tiada rasa cinta kepada agama sudah tentu akan merasa kosong ketika menyertai aktiviti yang melibatkan komitmen yang penuh terhadap agama kerana belum mempunyai persediaan untuk mencari pengalaman dalam pengembaraan. mereka sudah tentu akan diuji dengan tahap ujian yang sama dengan orang yang telah berputik rasa cinta pada agama menyebabkan seringkali mereka (orang yang lemah imannya) jatuh ke tempat yang lebih buruk dari yang sebelumnya. seperti seorang yang mendaki gunung tanpa tali dan orang yang mendaki gunung membawa tali. sudah tentu mereka yang tidak membawa tali lebih berisiko untuk jatuh berbanding dengan mereka yang mempunyai tali untuk berpegang. jika mereka jatuh, sudah tentu susah untuk bangun semula tetapi semua tidak mustahil dengan izin Allah SWT.

Tambahan pula, untuk mencapai tujuan hidup kita perlukan petunjuk dari yang menciptakan tujuan itu sendiri. berdoalah dan jangan lupa kepada Allah SWT. berselawatlah kepada Rasulullah SAW. ingatlah dan jaga batasan yang telah ditetapkan dalam agama.

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates