Hati tidak boleh terlalu lapang dengan masa yang panjang tanpa bergaul dengan masyarakat. kerana individu yang pendiam pun mempunyai hati yang terikat kepada sesama makhluk. tanpa reaksi, hati akan mencari kepuasan dengan menzahirkan bahagian gelap pada diri sendiri. disitulah kejahatan nafsu akan membiak dengan begitu cepat sekali. setelah lama dengan kekosongan maka tiang iman yang tidak pernah wujud menyebabkan hati diragut oleh syaitan. setelah itu cahaya kesedaran umpama sudah tiada lagi dan hati akan hidup mengagungkan nafsu keinginan sebagai tuhan dan segala-galanya. Tiang iman itu tidak cukup untuk menjaga manusia kerana tanpa takwa maka hati tidak akan bergetar sewaktu ingin melakukan dosa. jika iman itu tiang, maka takwa itu benteng pertahanan yang mengelilingi dan memperkuatkan tiang iman.
Hati juga tidak boleh terlalu senang kelebihan yang sedia ada pada diri. kelebihan itu perlu diletakkan pada tempatnya. kebijaksanaan perlu ditonjolkan sebagai contoh teladan, kepimpinan perlu terserlah agar pandangan terhadap amanah itu mendapat perhatian dan kesabaran perlu ditingkatkan untuk melembutkan hati orang lain. jika kelebihan diletakkan pada tempat yang salah maka sudah tentu ia akan merosakkan diri kita dan juga orang lain. jangan disangka ujian itu hanya lontaran batu sedangkan orang lain dihempap gunung uhud. Kekerasan pada hati perlu dikikir dan dibersihkan dengan penghayatan dari zikrullah dan ayat-ayat suci Al Quran agar kita mampu melihat mana yang baik dan mana yang buruk.
Kita tidak boleh degil dengan kenyataan bahawa diri ini memerlukan pertolongan. jika kita tidak mencari maka sudah tentu tiada yang mahu menghampiri. tetapi sesetengahnya ada yang sengaja mendekati untuk merosakkan kita maka jauhilah mereka. ada juga yang mendekati untuk meminta pertolongan maka bantulah mereka. orang yang sentiasa menolong orang lain semoga Allah menolong mereka di dunia dan di akhirat sana. Aib perlu dijaga jangan disengajakan untuk mendedahkannya. aib ini umpama rahsia kita dengan tuhan. jika rasa bersalah maka berusahalah untuk tidak lagi melakukannya dan rahsiakan dari pandangan masyarakat supaya ia tidak dipandang sebagai perkara yang disengajakan. kerana hal itu boleh menyebabkan tersingkirnya seseorang yang hebat dari tangga kejayaan. Jangan malas kerana dosa bermalasan itu besar. malas bukan seketika, ia menyebabkan kita tidak melakukan usaha untuk jangka masa yang agak lama. disiplin dan menghukum diri dengan melakukan kerja yang menghasilkan komitmen perlu ada supaya kita tidak biasa dengan sifat malas. harga masa yang terlalu mahal jika dibayar dengan malas, maka itu sia-sia. kamu korbankan masa dengan malas sedangkan syurga kamu inginkan?
Hidup tidak memerlukan kemanisan mulut yang berlebihan. jika sahabat berada dalam zon yang merbahaya jangan memerhati dan bersahaja. jika tidak mampu menolong maka carilah orang yang mahir untuk menolong. katakanlah perkara yang baik dan bukan yang manis. kerana rasa manis pada perkataan itu menyebabkan rasa riak dan takabbur berputik dalam hati. tingkatkanlah motivasi anda!
0 comments:
Post a Comment