seekor ulat
merangkak kesana kemari
bertukar kepompong
senyap kaku dibucu dahan
akhirnya jadi rama-rama
megah bersayap di udara
tetapi bukan di situ penamatnya
kerana rama-rama itu akan mati
satu hari nanti
bila-bila masa sahaja
Aku melihat
struktur binaan begitu utuh
kukuh tegaknya menujah bumi
di dalamnya penghuni-penghuni
yang merasa sungguh selamat
dalam rumah-rumah tinggi
bersama keluarga yang sunyi
bukanlah mereka tidak tahu
rapuhnya bangunan itu
bila tiba masa
boleh runtuh
dipukul bumi hancur
menjadi debu diatas tanah
Aku melihat
Makhluk persona
dikurniakan akal jiwa
iman, islam juga teladan
berbekalkan nyawa dunia
dalam sebuah misi
ekspidisi duniawi
yang jelas susah
pada mata hati
biarpun titisan nyawa
hanya menunggu tersejat
dikala berjalan
atas teriknya matahari
mengetahui
yang mati itu
sudah pasti menjemput
kita yang sedang berjalan
0 comments:
Post a Comment