Bunga melor berkembang mekar,
Tumbuh celahan pohon sena,
Badan kuat mengalahkan pendekar,
Tetapi mengangkat selimut kalah jua.
Cedok air tepian telaga,
Untuk diminum sang teruna,
Otak cerdik sangat geliga,
Tetapi agama entah ke mana.
Sakit sungguh terhantuk kepala,
Kawan di belakang bergurau senda,
Suara sedap merdu segala,
Tetapi Al Quran bukan didada.
Duduk isteri cantik sempurna,
Memikat hati si dia,
Banyak harta tiada guna,
Jika infak kerana dunia.
Cerita ini penuh teladan,
Buat kita amal-amalkan,
Niat baik dapat ganjaran,
Kenapa kita tidak amalkan?
Kaki pijak pohon semalu,
Kuncuplah daun jadi kecil,
ilmu agama tuntutlah selalu,
supaya nanti tidak jahil.
Tumbuh meliar pohon mempelam,
Bolehlah merpati hinggap di dahan,
Fasih agama tetapi pendiam,
Itu namanya tunggul rotan.
Berjalan anak atas darat,
Terkejut kerana terpijak kaca,
Moga perkongsian ini bermanfaat,
Terima kasih kerana membaca.
0 comments:
Post a Comment