Dari Abi Musa al-Asya�ri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah
SAW bersabda: Satu ketika berdiri di hadapan kami memberi lima rangkai kalimat.
Maka sabdanya: Sesungguhnya Allah SWT tidak tidur. Dan tidak selayaknya bagi
Allah SWT itu tidur. Mengurangi dan menambahkan rezeki. Mengangkat amalan malam
sebelum amalan siang. Dan mengangkat amalan siang sebelum amalan malam.
Hijabnya daripada nur, jika ia dibuka nescaya sejauh mana makhluk yang dapat
dilihat akan terbakar kerananya. (HR Muslim)
Dari Abu Zar
Al-Ghifari r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu pun
yang lebih mendekatkan diri kepada Allah, kecuali dari perkataan yang asal yang
keluarnya daripada Allah, yakni Al-Quran. (HR Mustadrak Hakim)
Dari Abdullah bin �Amr bin �As
r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memberi makan
saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka
Allah SWT akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. Dan
jarak antara dua khandak (parit) adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun. (HR
Hakim)
Dari Naufal bin Mu�awiyah r.a meriwayatkan bahawa baginda
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa terluput solatnya adalah seumpama dia
kehilangan ahli keluarganya, hartanya dan segala kekayaannya. (HR Ibn Hibban)
Dari
Sa�ad
r.a menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda: Allah SWT menyukai hamba-hamba yang
bertakwa, yang tidak berharap kepada makhluk dan tidak terkenal. (HR Muslim)
0 comments:
Post a Comment