Apabila kita gembira, senyum wajah terukir di jiwa
Apabila kita ceria, benak kalbu rasa mesra mahu ketawa
Apabila kita suka, rela saja hati merapatkan jurang
Apabila kita terpana, sungguh asyik dibuai nikmat dunia
Apabila kita bersua, belum tentu semua baik dapat pahala
Apabila kita berpisah, belum tentu semua buruk dapat dosa
Di dunia wujudnya waktu dan pada masa yang sama wujud juga masa. dua makhluk ini saling berselisih antara satu sama lain. waktu kerjanya cuma silih berganti..dikala pagi waktu menyampaikan keadaan subuh, matahari yang mahu terbit, bayu angin yang bertiup lembut..waktu juga menyampaikan waktu tengah hari, petang dan malam dengan izin Allah SWT..sedangkan masa tanggungjawabnya tidak menentu..contohnya, masa menyebabkan manusia sihat, sakit, kaya, miskin, lapang, sempit, muda, tua, hidup dan mati dengan izin Allah SWT. Masa berkerja keras tiap-tiap hari untuk mengejar waktu sedangkan waktu hanya membiarkan dirinya dikejar masa. Pada suatu hari, waktu rasa mahu membandingkan dirinya dengan masa.
Waktu = Wahai masa, sesungguhnya aku iri hati dengan fitrahmu yang sentiasa mengejarku kerana Allah SWT.. sedangkan aku mendapati kerjamu menyusahkan para manusia..apakah kamu tidak menyedarinya?
Masa = Wahai waktu sahabatku, aku diciptakan Allah untuk memberi keuntungan kepada manusia yang beriman, beramal soleh, yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran..
Waktu = Tidakkah kamu mencemburui aku yang bersenang lenang ini, aku sentiasa dipuji manusia, manusia bangun dari tidur kerana Allah menugaskanku untuk mengejutkan mereka dengan munculnya waktu subuh, lantas mereka pergi ke seluruh bumi bertebaran untuk mencari rezeki, sedangkan aku juga ditugaskan Allah untuk menutup cahaya supaya manusia dapat keperluan mereka untuk berehat..
Masa = Aku tidak sesekali mencemburuimu kerana diriku juga diciptakan Allah untuk memberi manfaat kepada manusia
Waktu = Sesungguhnya aku tidak mengerti akan penjelasanmu sebentar tadi wahai sahabatku masa..kamu ditugaskan Allah untuk menukarkan orang yang kaya menjadi miskin dan papa kedana meminta duit untuk meneruskan kehidupan..kau juga menukarkan orang yang dulunya miskin dan beriman menjadi kaya dan terus tenggelam dalam nikmat harta benda sehinggakan mereka lupa kepada Allah SWT..kau juga menukarkan orang yang sihat kepada sakit dengan izin Allah SWT menyebabkan mereka terlantar atas tempat berehat, mengehadkan apa yang boleh mereka kerjakan.. kau juga menukarkan mereka yang sakit menjadi sihat dengan izin Allah SWT, sedangkan sedikit sekali mereka yang bersyukur..
Kau juga diberi izin oleh Allah SWT untuk menyempitkan orang yang lapang dengan kerja, amanah dan tanggungjawab yang besar sehingga mereka berputus asa dan ada yang hanyut dengan kesibukan, serta melapangkan orang yang sempit dengan masa lapang tetapi ramai manusia suka sia-siakan masa itu dan juga tidaklah ramai manusia yang bersyukur..kau juga dengan izin Allah SWT menukarkan yang muda menjadi tua, sedangkan mereka banyak berseronok di waktu muda menyebabkan di waktu tua mereka kesempitan masa untuk menyerahkan sepenuh diri mereka kepada Allah SWT kerana sempitnya ilmu pengetahuan mereka terhadap agama..kamu juga dengan izin Allah SWT menyebabkan terpisahnya seorang anak dengan ibunya, seorang suami dengan isterinya, seorang pemerintah dengan rakyatnya dan seorang ulama dengan pencari ilmu kerana masa manusia hanya berbekalkan nyawa sedangkan maut boleh menimpa bila-bila masa sahaja..
Sungguh, aku banyak mendapati yang manusia hanyut kerana dugaan kamu dengan izin Allah SWT biarpun mereka sebenarnya mampu untuk mengatasi dugaan itu namun mereka cepat sekali meyerah kalah..
Masa = Wahai sahabatku waktu yang sangat dikasihi, aku ditugaskan Allah SWT untuk memberi peluang kepada manusia sejak Nabi Adam dan Hawa sehinggalah sekarang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT akan dosa-dosa mereka. Aku menduga mereka agar mereka kembali kepada Allah SWT dan mencintai-Nya. Aku memberi kesusahan kepada manusia dengan izin Allah SWT agar mereka ingat yang dunia ini hanya sementara dan di akhirat itu kelak kekal selamanya tanpa diriku wujud lagi,sedangkan kebanyakkan dari mereka mengetahui akan halnya syurga dan neraka. aku ditugaskan supaya semua manusia diberi peluang untuk menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWTdengan mencegah kemungkaran dan menyeru kebaikan.. aku ditugaskan Allah SWT untuk memperbanyakkan sebutan nama-Nya dalam zikir manusia dan selawat kepada Rasulullah SWT untuk diamalkan mereka.. aku ditugaskan Allah supaya manusia mengikut fitrah mereka dan berjalan atas landasan yang benar kerana manusia itu mudah lupa dan akulah yang sentiasa perlu mengingati mereka setiap kali kamu waktu sahabatku meniringi mereka.
Waktu = bertapa mulia tugasmu wahai sahabatku masa..aku sungguh mencemburuimu
Masa = semua ini berlaku dengan izin Allah SWT..
0 comments:
Post a Comment