Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday, 10 November 2013

sedikit sesi berfikir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Subhanallah
Alhamdulillah
Wa la ilaha illallah
Allahu Akbar

Segala puji bagi Allah rabbul a’lamin.. Selawat dan salam sejahtera kepada Habibullah Nabi Muhammad rasulullah SAW yang merupakan pelengkap kepada rahmat untuk sekalian alam.

Kita jasad-jasad yang memikul
Bukan seguni durian yang dipikul
Juga pakaian-pakaian, emas jongkol
Tidak..sama sekali tidak
Sesungguhnya ia adalah amanah
Diikat dengan tirani
Tiada kecuali                                                  

Bukan bermaksud keji kerana ia bukan sesuatu yang keji
Bukan bermaksud satu penyeksaan hanya kerana bunyinya seperti menyeksa pemikul amanah
Bukan bermaksud beban yang menyusahkan dengan sebab diikat dengan tirani

Ustaz saya selalu pesan dulu, hidup ini umpama sebentang laut yang sangat luas. Banyak manusia tenggelam dan banyak juga yang ada di atas berjaya menyelamatkan diri. Kenapa mereka mesti tenggelam? Kerana mereka mengejar apa yang berada dalam dunia (laut) itu daripada harta, darjat dan wanita dengan cara yang haram. Kenapa ada yang terselamat? Kerana mereka mengikut prosedur dalam mendapatkan harta, wanita dan darjat secara halal.


Sesungguhnya yang halal itu telah ditentukan dan yang haram juga telah ditentukan dalam islam. Sesiapa yang mengambil yang halal maka dia dalam kebaikan, setiap gerak-gerinya, sumbangan tenaganya dan amalannya. Dan barangsiapa yang mengambil yang haram maka dia dalam kejahatan, setap gerak-gerinya, sumbangan tenaganya dan amalannya. Tiada yang kosong kosong. Jika namanya haram maka haramlah. Jika namanya halal maka halal lah.

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates