Bongkah
jatuh dibahu
Sentapkan
serakah asyikkan kalbu
Henti
sekejap biar ia berlalu namun tak apa terjadi
Tidak
selesai hilang jua resah di hati
Terketar-ketar
mahu dekati, tak kisah implikasi
Fikiran
terputus litar tak menjadi terhapus janaan kebaikan dalam hati
Gerimis
syahwat yang dahaga tak putus asa tuk dapat habuannya
Bongkah kedua jatuh dibahu
Bebannya
bagai mengangkatku kaki jadi kaku
Mahu
jatuhkan biar ia pecah namun ia melekat
Beratnya
aku tak dapat berjalan jadi aku duduk di tepian
Tetapi
aku tak ke mana sedangkan orang lain sedang berjalan
Aku
diberitahu untuk bangun sahabatku memanggil
Tetapi
aku masih tak berupaya kerna putus asa
Renyahnya
perasaan menguasai diri habis iman dibelasah syaitan
Sayembara
hasutan yang menarik semua kepada kerugian
Bongkah
ketiga jatuh dibahu
Kenapa
masih ada lagi belum cukupkah?
Mahu
aku berjalan biar semua ini berakhir namun terbeban
Jika
tak habiskan akan mati tersempit dalam masalah sendiri
Biarlah
semua hilang asal dugaan jadi kurang hidup senang
Sebenar
niat sudah liat hanya kuat kerana semangat nak keluar dari gawat
Bukan
hijrah bukan tadhiyyah bukan barakah
Perjalanan
itu hanya ditanggung sendiri
Kerana
tak sedar diri itu perlu pertolongan
Masih
buta dalam sendirian
Bongkah
keempat, kelima dan seterusnya jatuh
Mustahil
nak teruskan
Barulah
aku bersuara minta tolong
Barulah
aku melambai-lambai mengharapkan ihsan
Barulah
aku berkedip-kedip menunggu simpati
Itulah
manusia
Tanpa
dugaan
Akan
bongkak
Tak
kenal yang diri itu milik illahi
0 comments:
Post a Comment