Saya memerhati keadaan sekarang ini ada banyak masalah yang perlu
pada komitmen untuk memperbaharui iman. Sedangkan saya faham mereka punya
perasaan yang berbelah bahagi akibat tak dapat mengatasi perasaan dengan iman.
Ketidakupayaan untuk mengatasi perasaan dengan iman itu boleh meningkatkan
keberangkalian untuk kita mengalami kejatuhan semangat dan masalah dalam
mengawal emosi. Lebih teruk lagi perasaan yang terbawa-bawa dalam hati kita
turut boleh menjatuhkan dan mencabut iman orang lain termasuklah iman orang
yang rapat dengan kita. Emosi ini bercampur. Ada yang betul dan ada yang salah.
Hal ini kerana emosi itu satu kecenderungan dan setiap yang menyebabkan
kecenderungan itu ialah nafsu.
Nafsu ni ada macam-,macam, tapi saya nak berbincang nafsu manusia
biasa yang imannya selalu saja compete dengan nafsu. Hati diorang ni nak kan
kebaikan tetapi mereka pada masa yang sama belum mendapat perisai untuk
menangkis kejahatan nafsu yang selalu memujuk mereka melakukan dosa untuk
mengurangi tahap iman mereka supaya mereka kurang melakukan perkara yang baik.
Penyakit nafsu yang paling terkenal masa sekarang ialah cinta dunia atau
namanya Hubbu’d-dunya. Ia adalah satu sifat yang sangat halus dan cepat
merosakkan seseorang individu. Ia meningkatkan pecutan keinginan seseorang
untuk memburu habuan yang menyebabkan hati mereka semakin dahagakan
nikmat-nikmat dunia.
15. |
|
مَنْ كَانَ
يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ
فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ
|
|
|
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata
berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama
oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha
mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
|
|
أُولَٰئِكَ
الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا
صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
|
|
|
|
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya
pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu
gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah
kerjakan.
|
(Hud, 11 : 15-16)
18.
|
|
مَنْ كَانَ
يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ
جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا
|
|
|
Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup)
dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki,
bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka
Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi
tersingkir dari rahmat Allah.
|
(Al-Isra’, 17: 18)
Rasulullah
SAW bersabda : “ cinta dunia adalah sumber segala kejahatan”.
Rasulullah
SAW bersabda : “Dunia itu tetap dikutuk. Dikutuki segala isinya, kecuali
berdzikir kepada Allah, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu”.
Rasulullah
SAW bersabda : “Barangsiapa mengambil dunia melebihi apa yang mencukupi
dirinya, sebenarnya ia telah mengambil sesuatu yang memberatkan ajalnya, sedang
ia tidak sadar”.
Rasulullah
SAW bersabda : “Berzuhud di dunia akan menenteramkan hati dan badan, manakala
cinta dunia akan memperbanyak kecemasan dan kesusahan, sedang pengangguran akan
menyebabkan hati menjadi keras dan kejam”.
Rasulullah
SAW bersabda : “Telah selamat umat ini dengan berzuhud dan penuh keyakinan, dan
mereka akan binasa dengan cinta harta benda dan panjang angan-angan”.
14. |
|
زُيِّنَ
لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ
الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ
وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ
عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
|
|
|
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada
manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu
perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun,
dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang
ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di
dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya
(iaitu Syurga).
|
(Ali Imran, 3: 14)
Jelaslah, bahawa orang yang hanya menumpukan perhatian kepada harta,
sebenarnya telah meletakkan dirinya dalam bahaya yang besar dan bencana yang
berat. Kecuali, jika Allah memelihara dan melepaskannya dari bahaya itu dengan
rahmat-Nya. Misalnya, seseorang melakukan pencarian dan perburuan harta benda
dengan cara membabi buta tanpa mempertimbangkan lagi antara yang halal dan
haram, sehingga ia kehabisan waktu untuk beribadah kepada Allah SWT dan duduk
berdzikir kepada-Nya, sebagaimana sering terjadi kepada orang-orang yang lalai
dan terpengaruh dengan wang.
Akan halnya mencari wang dengan niat untuk membantu meluruskan jalan
ke akhirat, memelihara dan menyelamatkan diri dari penaniayaan orang-orang
zalim, mencukupi diri sekadar yang perlu iaitu sehingga tidak meminta daripada
orang lain, sedangkan usahanya itu tidak menghalanginya dari melakukan ketaatan
dan ibadah kepada Allah SWT dan berdzikir kepada-Nya, disamping menyimpan rasa
takwa dihatinya dan sentiasa takut kepada balasan azab-Nya, maka kesemua itu
tidak salah dan tidaklah ia berdosa mencari harta dan kedudukan. In shaa Allah
0 comments:
Post a Comment