sebab kita nak hidup sama-sama dengan dia..tapi macam
mana teman mati? kita juga nak mati sama-sama dengan
teman mati..eishh,,takkan nak duk sorang-sorang dalam
kubur??"
Realiti hidup ini cumalah pancaran cahaya yang mengandungi maklumat dan di terjemahkan oleh otak dari retina mata yang menerima. kita melihat dunia sebagai tempat tinggal sejak lahir dan bersama-sama ibu bapa serta keluarga itu merupakan nikmat sebagai permulaan kita untuk menerima realiti ini. setiap manusia wajib menerima realiti ini bahkan siapa yang menolaknya maka dia tidak mensyukuri nikmat itu. Tetapi, sedarkah yang bukan itu sahaja realiti yang wujud di alam, sedangkan kehidupan itu sekadar bertengek di bumi sahaja.
realiti dunia yang diterima haruslah dijadikan batu loncatan kepada realiti yang bakal kita tempuhi nanti. bukan saya mengatakan yang mereka perlu menggunakan sepenuh tenaga untuk beribadah di dunia sahaja bahkan itu bukan cara beribadah kerana Rasulullah juga pernah menegur sahabatnya dalam satu kisah.
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلُوا أَزْوَاجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ عَمَلِهِ فِي السِّرِّ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا أَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا آكُلُ اللَّحْمَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا أَنَامُ عَلَى فِرَاشٍ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ فَقَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي أُصَلِّي وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Daripada Anas bahawa beberapa orang sahabat telah bertanya kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. tentang amalan baginda yang sembunyi (yakni yang dilakukan di rumah) lalu sebahagian mereka berkata, saya tidak akan berkahwin, ada yang berkata, saya tidak akan memakan daging, dan ada yang berkata saya tidak akan tidur di atas tilam. Lalu Rasulullah s.a.w. mengucapkan Alhamdulillah dan memuji-muji Allah seraya bersabda: “Apa hal dengan kaum itu mengatakan begini dan begini padahal aku bersembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka, dan aku juga mengahwini perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka akan sunnahku maka dia bukan dari kalanganku. (Muslim)
Biarpun dunia tiada nilai di sisi Allah, tetapi pemberian dunia kepada manusia ini sama sekali merupakan satu keperluan yang bernilai kepada makhluk ini yang bergelar manusia. tetapi bukan selamanya kita akan berada di realiti yang sama. sampai satu waktu, kita akan sedar satu jemputan yang ditetapkan masanya. saat itu sudah tiada yang boleh menolong dan tiada juga yang boleh mengasihani kamu melainkan Allah SWT sahaja. kepentingan dunia itu ada nilainya tetapi hanya sedikit sahaja berbanding dengan kepentingan alam selepasnya. jika kita menyemai dunia dengan semua tuntutannya, belum tentu kita akan berjaya di akhiratnya tanpa kasih dan sayang daripada Allah SWT.
Ketika kita hidup ada ramai teman, tetapi adakah kita ada teman di alam barzakh dan alam akhirat. jika kita sentiasa menghiasi Al-Quran dengan tuntutannya, maka dia akan menemani kita dengan cahayanya. begitu juga dengan amalan soleh yang boleh menjadi teman yang menghalang dari siksa azab kubur. jika kita menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran serta bertakwa kepada Allah SWT maka penghuni syurga akan menjadi temanmu. Kamu akan di kelilingi bidadari, nabi-nabi dan rasul-rasul serta ahlul jannah yang sentiasa mendoakan kamu supaya sejahtera dengan ucapan mesra lembut "salam" dan macam-macam lagi. tetapi jika kamu gagal untuk mengecapi kejayaan itu, sudah tentu kamu akan jauh dari nikmat-nikmat itu.
0 comments:
Post a Comment