Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Thursday, 27 February 2014

Hari yang baru berserta pengajaran yang baru aku pelajari

Setiap kopi yang dihirup pada permulaan hari ialah semestinya bukan habuk kopi yang sama. rasa air kopi buatan sendiri kelmarin mungkin lebih manis dari yang baru dibuat pagi tadi. pengajaran pagi tadi menyebabkan kita mengetahui yang kopi itu tidak sedap berbanding kopi kelmarin kerana merasainya lebih pahit. jadi dengan perasaan itu kita akan mindset dalam hati untuk buat kopi yang sedap keesokan harinya.

Hari-hari yang berulang tidaklah sesuatu yang sama, malah pengajaran sentiasa terselit disebalik hari-hari yang kita terokai tanpa henti ini. dan hari ini saya mendapati ada banyak pengajaran daripada hari kelmarin.
Pengajaran berbentuk pemerhatian sangatlah dhaif kerana ia berdasarkan taakulan hati dan akal semata-mata. jika seseorang itu silap faham maka ia akan merosakkan pemikiran, maka janganlah menumpu pemerhatian untuk mencari pengajaran, tetapi lihatlah dengan iman akan apa yang Allah SWT sediakan untuk kita belajar hari ini.

Hidup ini umpama menaiki kapal mewah berhias dengan sulaman yang sungguh cantik berlayar di laut yang luas. setiap hari, mereka yang tidak jatuh dari kapal akan melihat keadaan sekeliling mengikut apa yang mereka lalui ataupun terokai. dengan pencarian demi pencarian mereka bertemu dan belajar lebih banyak perkara baru yang mendatangkan manfaat kepada mereka. inilah yang dikatakan dengan pelayaran takdir.

sesungguhnya Allah telah menyediakan sebaik-baik jalan untuk mereka yang mahu menuju ke arah itu. Bagi mereka yang enggan menuju ke arah sebaik-baik jalan yang telah disediakan akan tersesat. Bukan salah takdir yang menyebabkan mereka sesat tetapi taakulan mereka yang menganggap hidayah itu perlu ditunggu dan bukan untuk dicari. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka. Tiada insan yang lahir dalam dunia ini dalam nasib baik ataupun buruk. malah semuanya telah berada dalam perhitungan yang stabil.

Hanya satu takdir sahaja yang pasti dan tidak mungkin boleh diubah lagi iaitu maut. sebelum datang ketentuan itu, haruslah kita mengatur langkah untuk mengubah nasib kita menjadi baik sebelum semuanya jadi buruk. jika kita lakukan dengan cara yang salah, maka kita kena ingat yang Allah itu Maha Adil. Apa yang kita lakukan atas dasar tidak sengaja maka bertaubatlah cepat-cepat dengan banyak beristighfar, solat jangan tinggal, hubungan iman kena jaga, istiqamah, banyakkan bersyukur, rapatkan diri dengan Al Quran dan banyak lagi.

Akhir sekali moga kita mendapat redha Allah..amin


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates