Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Friday, 21 March 2014

Nukilan pagi

Alhamdulillah, pagi yang sungguh nyaman dan sesuai untuk menambah mood untuk menulis lagi dan lagi.


Ni gambar lama..zaman tingkatan tiga dulu..hehe..Sebenarnya gambar itu tiba-tiba jumpa dekat blog lama yang sudah lama terkandas kerana terlupa password dan juga usernamenya.

Biarlah burung menyanyi, menyahut seruan kala pagi untuk memuji Allah SWT setelah dapat bangun dari tidur keesokan harinya. berterbangan di udara yang damai dengan angin bayu pagi yang berdesus-desus meniup dagu umat manusia yang sedang berselimut lena dibuai mimpi yang mengusik kalbu melalaikan hati dan mengundang kecenderungan untuk tidur lagi di keesokan harinya. burung hairan kenapa manusia tidak aktif di waktu pagi? hanya mereka yang berurusan sahaja yang bangun sedangkan mereka yang berkelapangan tentu mengambil peluang untuk melabuhkan tubuh di atas tilam yang menjauhkan diri mereka dari bertaqarrub kepada Allah SWT yang telah memberikan kepada mereka peluang untuk hidup selepas mati sekejap malam tadi.


9.  وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا
  Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
10.  وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا
  Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
11.  وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا
  Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki?
An-Naba [78:9-11] 

Ada orang yang berkata "semalam saya tak tidur sepanjang malam dan di waktu pagi saya perlu rehatkan minda saya untuk cukup tidur". Apa sebenarnya yang kamu buat sepanjang malam. adakah kamu menghidupkan malam yang kamu tidak mahu tidur itu dengan berbuat perkara yang baik dan menjauhi perkara yang buruk. jika tidak lebih baik kamu tidur dari mematikan malam yang sepatutnya dihidupkan dengan kebaikan. Ada yang sanggup meninggalkan subuh kerana mahu puaskan nafsu tidur dan ada juga yang sengaja tidak mahu bangun kerana mahu berkawan dengan syaitan-syaitan pagi yang aktif menghasut manusia di waktu yang strategik untuk berbuat demikian. 

Sedangkan syaitan yang berdusta kepada Allah SWT pun dapat aktif setiap masa dan sentiasa memerhatikan kelemahan kita sedangkan Allah SWT berfirman dalam Al Quran:


76.  الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
  Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.
An-Nisa [4:76] 

Kenapa kita lebih lemah dari syaitan? adakah kerana tiada hidayah? tidak sama sekali. hal ini hanya berbalik kepada diri sendiri yang tidak mahu berinteraksi dengan Allah SWT dalam seharian hidup mereka. mereka hanya mahu hidup dengan sahabat dan kekasih yang zahir di mata serta menindas musuh yang dapat disakiti dan bermusuh-musuhan sesama sendiri. Tingkat amal mereka tidak mahu panjat untuk sampai ke darjat paling atas hanya kerana anggapan bahawa itu adalah tidak penting.

Saya target ini kepada saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian, jangan tunding jari kepada orang lain. malah saya juga terlibat sama dalam hal ini maka perlu kita baiki segala kelemahan dan jangan menyombongkan diri kepada orang lain kerana sikap sombong itu boleh menutup pintu hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. 

Maka burung mencari seekor cacing untuk di makan tika waktu kian semakin terang dan panasnya semakin membahang. menjenguk dalam lubang-lubang tanah dan mencari beluncas yang tinggal atas pokok untuk jadikan santapan. sayapnya dibentang supaya dapat menjalar atas langit ciptaan Allah dan dengan izin-Nya jugalah dia dapat berbuat demikian. siri pencarian akhirnya berakhir setelah berjumpa dengan seekor cacing tanah yang sedang kehausan di tepi embun pagi sebalik rumpun hijau yang indah menyepi. tanpa berlengah dimakan cacing itu agar tenaganya kembali untuk memuji Allah SWT di muka bumi ini.

Sedangkan manusia, di waktu ini biarpun ada yang tidak tidur malah mencari rezeki. mereka memakan dari nasi-nasi, bijiran dan roti dengan wang yang berbekal dalam beg bimbit berwarna yang berwarna warni. mereka terbang tak juga perlu melihat dalam lubang-lubang untuk mendapatkan sesuap nasi. tetapi umat manusialah yang paling susah untuk bersyukur kepada penciptanya Allah SWT. biarpun mereka punya darjat yang tinggi di dunia dan harta yang menggunung mereka langsung tidak endahkan tuntutan agama untuk mencurahkan rasa syukur kepada Allah SWT. mereka tidak mahu keluarkan zakat, tidak juga mahu memakmurkan yang susah. itu lah kes senario manusia hari ini yang matanya hanya tertumpu pada emas sedangkan emas itu jika dihentak atas kepalanya mesti akan mati juga.

Berubahlah, sesungguhnya perubahan itu adalah lebih baik bagi kamu. semua orang perlu berubah termasuklah saya sendiri. moga perkongsian kali ini bermanfaat kepada semua, In Shaa Allah =)

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates