Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Saturday, 22 February 2014

Mentari malam

Bila mentari malam terbit
sinarannya hanya kelihatan
dek mereka yang bersih
bebas dari jahilnya malam
berbekalkan bait cahaya kebenaran
menyuluh jalan jauh dari kebatilan
tiada hanya melihat malah melangkah
mendekati inci-inci dari laluan
membawa hati-hati kepada pengabdian


Biarpun mentari malam terbit
kokokan ayam pun tidak kedengaran
hanya bunyi serigala menggonggong
sayup sedih memanggil manusia
mentari dah datang, mentari dah datang

Gerimis hujan berselangkan angin 
menghembus halwa kedinginan ke penjuru arah
selesa di peluk kain nipis, merungut keselesaan
kebanyakkannya masih membina istana pasir buatan sendiri
yang menunggu saat dibawa air yang nan menaiki
di gigi pantai minda tempat mereka bermain

Jika zaman disedut semula
saat Rasul membawa sahabat-sahabat
melihat mentari malam, semuanya terpegun
berbekalkan pelita, diganti pelita lain
itulah hidupnya kehidupan
di situlah ada kemanisan berkekalan

Ramai zaman ini
bagai kelawar yang benci mentari
menghuni gua gelap sunyi
jauh dari komuniti idaman
para penghuni firdausi

Kita harus sedar, insafi kesilapan diri
jangan tunggu nanti diheret mati
perlu tahu yang mati cuma sekali
jangan biarkan kehidupanmu kali kedua
adalah penyesalan tidak bertepi 
ayuhlah bersinergi, inilah waktunya!!!
tak perlu tangguh, kamu sudah lanjut usia!!!

Qiam! Qiam!
malam menunggu manfaat
Qumu! Qumu!
demi melihat mentari malam
bekalan perjalan jauh, yang masih terselindung
di sebalik rahmat alam




0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates