Sunnah itu indah. Indahnya sunnah bukan bermaksud sunnah itu sekadar perhiasan zahir. Sunnah itu indahnya memberi manfaat kepada zahir dan batin manusia. ada dua bentuk sunnah. Iaitu sunnah untuk manfaat kesihatan tubuh badan dan perlindungan batin melengkapi rohani serta jasmani. Sunnah yg selalu susah untuk di amalkan ialah sunnah untuk perlindungan batin yang melengkapi rohani serta jasmani.
Di sini saya memberi beberapa contoh sunnah :
1) makan buah-buahan sebelum makan atau ketika makan. Jangan makan
buah-buahan selepas selesai makan.
2) tidak bercakap berlebihan dan ketawa atau mengilai ketika makan
3) berhenti sebelum kenyang
4) makan ketika lapar
5) makan dalam posisi yang sunnah
6) baca doa ( makan, tidur, masuk keluar tandas, masjid dll )
7) ambil wudu sebelum tidur
8) basuh tangan cara sunnah
9) sebelum makan celup jari kelinking dengan permukaan garam, jangan
basahkan jari kelinking. Cukup kemam garam yg terkena jari kelingking yg kering
sebelum makan.
10) pakai selipar, mula menyarung dengan kaki kanan separuh, pastu
sarungkan kaki kiri sepenuhnya dan sarungkan kaki kanan sepenuhnya. Bermula
dengan kanan dan berakhir dengan kanan sifirnya
11) bersugi sebelum solat
12) tidak berbual ketika ambil wudhu
13) tidak melengahkan mandi wajib
14) makan dengan tangan kanan
15) elak minum ketika makan kecuali jika tercekik
16) mandi untuk mengharumkan dan memakai haruman
17) mulakan dengan Bismillah
18) banyakkan Alhamdulillah
19) banyakkan berzikir
20) tika ditimpa musibah, la haw la wala kuwata illa billahil
a’liyyil a’zim
21) tika berita kematian, inna lillahi wa inna ilaihi rojiun
22) senyum
23) sedekah
24) senyum ketika sedekah
25) tidak mengungkit sedekah
27) menenangkan hati orang lain dengan kebenaran
28) tidak membawa mudharat kepada orang lain
29) berakhlak kepada isteri
30) memimpin rumah tangga cara Rasulullah SAW
31) dan lain-lain
Dengan mengamalkan sunnah kita dekat dengan Rasulullah. Malaikat pun
akan mendekati kita. Syaitan akan sedikit slow dalam menghasut. Tiada rugi
dalam mengamalkan sunnah, kan??
Maka apa ditunggu lagi. Nak start esok ea? Kenapa bukan sekarang?
“Senyum itu sunnah dan sedekah, sabar itu sinaran”
0 comments:
Post a Comment