Raja seluruh anggota ialah hati, kerana itulah hati perlu dijaga dengan
rapi. Kalau raja tergugat maka rakyatnya juga akan tergugat. Jika hati tergugat
maka seluruh anggota tubuh juga akan turut sama tergugat… contohnya jika kita
melihat pada aurat seorang perempuan yang cantik mestilah akan terbit daripada
hati kita rasa takjub akan keindahan yang menyebabkan hati kita rasa tergugat…
Dengan tergugatnya hati maka anggota tubuh badan juga akan tergugat sama, seperti
seorang lelaki yang terus pergi memikat gadis-gadis cantik yang berlalu di
hadapannya, remaja-remaja yang suka berhias dan lain-lain. Semua itu datang
daripada perasaan takjub yang merupakan sifat hati itu sendiri.
Dengan adanya sifat takjub manusia boleh terpengaruh kea rah kebaikan
mahupun keburukan bergantung kepada kekuatan iman dan amal mereka itu sendiri. Sifat
takjub juga boleh mengubah personaliti seseorang individu daripada imej yang
baik kepada buruk dan sebaliknya. Takjub itu amat merbahaya jika kita tidak
mempunyai ilmu dan iman dalam gengaman kita.
Maka carilah sebanyak mungkin ilmu dan jagalah iman dengan kesabaran,
jangan teralu terpengaruh dengan ketaksuban hati terhadap perkara-perkara yang
boleh membelakangkan kebenaran.
Perasaan pula makhluk yang bertentangan dengan hati. Jika perasaan
tergugat maka ia tidak mempengaruhi anggota kita tetapi ia menyebabkan emosi
atau anggota batin kita tergugat. Dengan kata lain perasaan itu merupakan raja
kepada anggota batin.
Jagalah perasaan dengan kekuatan iman. Banyakkanlah menyelami ukhuwah
antara para sahabat dan Rasulullah, kerana ia boleh membina perasaan cinta
kerana Allah.
Binalah asas yang kukuh daripada raja yang kuat. Supaya kita tidak
menyesal dalam perjalanan kita menuju kea lam akhirat. Moga-moga pengorbanan
kita dibalas dengan ganjaran keredhaan Allah SWT… in sya Allah =)