Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday, 13 May 2012

Puisi rekaan -- Iman Yang Teguh --

Perintah nafsu,
Buatlah apa yang kau mahu,
Sesuka hatimu,
Luahkanlah serakah kalbu,
Jangan di tunggu-tunggu,
Tak perlu risau,
Tak perlu jemu,
Nikmatilah dunia dahulu,
Apakah kau mahu jadi dungu??

Jawab iman,
Aku seorang insan,
Bukan binatang peliharaan,
Yang bisa diperintahkan,
Olehmu yang penuh kelemahan,
Sedangkan kaulah punca kerosakan,
Nurani sejati para muslimin,
Maka musnahlah segala impian,
Para pengikutmu masa hadapan.

Mencelahlah syaitan,
Kau bazirkan kelapangan,
Kau tipu dirimu dengan kesengsaraan,
Kenapa harus kau berkorban??
Sedangkan kau bijak punya pemikiran,
Tak perlu malu tak perlu segan,
Masih ada masa dan kesempatan.

Lantas iman berbicara,
Aku insan kesuntukan masa,
Boleh saja maut datang menerpa,
Entah bila,
Entah kenapa,
Entah bagaimana,
Kerana tiada peluang kedua,
Jangan sia-siakan yang pertama,
Janganlah ulangi kesilapan sama,
Adam dan hawa,
Yang didengki iblis durjana,
Juga manusia-manusia,
Mangsa penipuan syaitan tercela,
Ingatlah ini bukan teguran semata-mata,
Bahkan amaran daripada yang Maha Esa!!

Nukilan


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates