Terbentang luas
Detiknya seimbas
Sekali laluan jejantas
Hidup bagaikan ruas
Tak puas-puas
Hingga lalaikan tugas
Sesal sudah kena tempias
Permaidani senipis kertas
Umpama sehembus nafas
Arusnya deras
Beratnya tertindas
Maka lekas
Jangan rimas
Sebaik-baik tuntas
Ialah berfikiran waras
PENULIS = Zakiran Razak
Rangkap 1 : Hidup itu luas namun sungguh sebentar.. Apabila hidupnya seseorang manusia maka dia berada dalam keluasan dunia.. Namun keluasan dunia itu hanyalah sementara kerana maut mampu datang menerpa pada bila-bila masa sahaja. Allah hanya memberi peluang kepada manusia untuk hidup sebagai hamba-Nya hanya untuk sekali sahaja. Setelah manusia mati maka dia sudah tidak boleh undur untuk hidup kembali.
Rangkap 2 : Masa hidup manusia amatlah terhad seumpama ruas-ruas antara jari. Manusia tidak akan dapat puas dengan nikmat hidup di dunia kerana pada mata mereka terdapat pelbagai kegembiraan dan kebahagiaan hidup berada atas dunia. Ada Manusia yang asyik menikmati dunia hinggakan lalaikan tugasnya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dan sebagai khalifah di muka bumi. Mereka inilah yang akan di adili oleh Allah, Tuhan Yang Maha Adil. Jika baik amalannya maka baiklah akibatnya. Jika buruk amalannya maka buruklah akibatnya.
Rangkap 3 : Hidup umpama permaidani senipis kertas. Walaupun nipis, manusia tetap mahu meniarap atas permaidani itu walaupun ianya tidak selesa. Hidup itu nikmat yang menyebabkan manusia tamak dan berlumba-lumba untuk mendapatkannya seperti sehembus nafas. Sehembus nafas tidak akan dapat membekalkan cukup udara oksigen kepada seluruh sel-sel pada tubuh badan seseorang manusia.
Ketahuilah, Bahawa arus dunia itu amatlah deras. Maka manusia yang tidak kuat dalam menongkah arus itu maka hanyutlah dia. Adapun hidup juga beratnya umpama ditindas. Maka beruntunglah orang yang kuat, iaitu orang-orang yang kuat bersabar dan meminta pertolongan daripada Allah SWT
Rangkap 4 : Wahai sekalian manusia!! lekaslah lakukan anjakan paradigma untuk berubah. Janganlah merasai bahawa perubahan ke arah yang baik itu amat merimaskan kerana mendapat jemuhan dan cacian daripada orang lain kerana Allah SWT akan sentiasa menyayangi kita. Buatlah keputusan dengan bijak dengan melakukan perubahan ke arah yang baik. Kerana mereka yang berfikir untuk berubah ke arah yang baik itulah mereka yang berfikiran waras.
0 comments:
Post a Comment