Tidaklah manusia itu dicipta oleh Allah untuk menumpahkan darah antara satu sama lain... Allah telah menyuruh kita untuk menjaga dan sejahterakan alam duniawi dengan kasih sayang dan keamanan...
Namun, kita tetap menyalahi pemikiran yang sepatutnya kita tanam dalam hati tentang apa itu ukhuwah fillah...
Ukhuwah fillah itu boleh sahaja kita katakan pada mulut kita bahawa kita cinta kepada saudara semuslim kita kerana Allah SWT tetapi sekurang-kurangnya niat yang baik itu ada.. Hal ini tak salah jika kita melafazkannya, tetapi tidak teringinkah kita untuk menikmati betapa lazatnya ukhuwah fillah itu jika kita betul-betul berada dalam kasih sayang Allah sepanjang masa kita berada dalam persahabatan dengan seorang daripada sahabat kita??
Saya juga teringin... Jika diizinkan oleh Allah SWT untuk berjumpa dengan sahabat sedemikian sudah tentu saya akan terus berdamping dengannya... Saya juga dalam usaha untuk mewujudkan ukhuwah fillah dengan bergaul walaupun saya ini dhaif dari segi pergaulan...
Apabila kita sebut tentang ukhuwah fillah, sudah tentu kita bayangkan akan satu persaudaraan yang akan membawa kita kepada syurga dengan keredhaan Allah SWT.. Ukhuwah yang sebegini rupa merupakan satu hubungan yang dirahmati dan dikasihi Allah SWT... Contohnya hubungan para sahabat dengan Rasulullah SAW yang tiada tandingannya.. Mereka sentiasa memikul rasa tanggungjawab terhadap perihal antara mereka..
1 |
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1551.
Dari Anas r.a.: Ada seorang laki-laki menanyakan kepada Nabi s.a.w. mengenai kiamat. Katanya: "Bilakah hari kiamat?" Beliau bersabda: "Apakah yang telah engkau siapkan untuk hari itu?" Katanya: "Tiada suatu pun selain mencintai Allah dan RasulNya". Beliau bersabda: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" Kata Anas: Belum pernah kami gembira seperti kegembiraan kami kerana mendengar sabda Nabi s.a.w.: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" Kata Anas: "Saya mencintai Nabi, Abu Bakar, dan Umar dan saya mengharapkan kiranya saya bersama mereka kerana mencintai mereka, sekalipun saya belum beramal serupa amal mereka".
|
..........................................................................................................................................................
5 |
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0016.
Dari Anas r.a, dari Nabi saw., katanya: "Ada tiga perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya, nescaya ia akan mendapatkan kesedapan iman: (1) Orang yang cintakepada Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada cintanya kepada yang lain dari pada keduanya. (2) Orang yang mencintai orang lain semata-mata. (3) Orang yang benci untuk kembali kepada kafir, setelah Allah melepaskannya daripada (belenggu) kekafiran itu, sama dengan bencinya akan dijatuhkan ke dalam neraka."
|
Memang mustahil apabila kita hendak membina ukhuwah seindah ukhuwah Rasulullah dan para sahabat kerana mereka terlalu hebat imannya teguh pegangannya dan kuat taqwannya.. Sekurang-kurangnya kita kenalah meletakkan sepenuh kepercayaan kita kepada Allah SWT dan berusaha untuk mendapatkan sahabat yang baik...
Sungguh suka hati jika ada yang dapat menemani kita ke syurga..
Sungguh suka hati jika dapat bersujud di hadapan Allah SWT di syurga bersama-sama
Sungguh suka hati jika dapat bersama Rasulullah dan ditemani oleh sahabat di syurga
Saya harap Allah SWT akan memberi peluang kepadaku untuk mendapat satu hubungan persahabatan yang diredhai oleh-Nya.. in sya Allah =))
0 comments:
Post a Comment