Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday, 29 December 2013

lisan dan hati antara imbaian dengan diri

Mulanya gemar mengejar
Sekarang ketagih dah tak mau
Dulu kata ini tak puas itu tak jemu
Kini tengok saja dah terpaku terkedu-kedu
Gian merintih langkah yang pergi
Biarpun hati dah makin keras makin mudah pecah
Daging pun dah tak mampu dibentuk lagi
Air jernih suci dimata tak turun
Biarpun hati menumpu tetap tak berbalas
Mungkinkah gelap mungkinkah mati
Apa gunanya masih bernafas lagi
Jika telah diketahui
Langkah  seterusnya bakal dipijak kaki
Andaikata di mata tiada tempat berpaut
Lampu lilin di tangan semakin habis
Geraham dahulu erat memegang
Luruh jatuh dibelasah kerugian

Burung hantu turut kata
Bangun malam biar terjaga
Kejutkan dia hati yang lena
Renjis di mata hati
Biar mengantuk pergi
Jangan dibiarin
Jangan terus dibiarin

Hati yang lemah hampir nazak ialah mangsa utama para syaitan dan iblis yang direjam. Kerana hal nya hati yang lemah banyak penyakitnya. Dan jika iblis dan syaitan menyamar sebagai dukun diraja kepadanya raja anggota iaitu hati, maka susahlah mahu ia menolak jika tiada langsung pegangan iman. Hati yang berada di jalan yang lurus akan melihat syaitan itu di sudut yang betul dan menjauhinya. Manakala hati yang tidak berada di jalan yang lurus akan melihat apa sahaja yang dibawa oleh syaitan itu sebagai permainan yang boleh mengubat duka lara dan kesakitan di jiwa.

Degup kali kedua
Lemah dari yang pertama
Macam mesin tunggu diservis
Jika tidak berkarat rosak habis
Degupan ketiga mungkin mati
Maka harapan tiada lagi

Ikan di laut
berzikir
Asam di darat
berzikir
Burung di pokok
berzikir
Cacing di tanah
berzikir
Kita atas rumah
Makan tidur mandi
Berzikir sikit-sikit

Burung murai pesan
Bisik kat kalbu
Dengan lisan jangan terkedu
Berzikir seru dia bersujud
Kau berkatalah jangan selalu senyap
Baik itu pahit
Tapi pahit itu ubat
Untuk penyakit-penyakit

Lisan pula anggota yang dikenali dengan ketajamannya yang boleh melukakan hati tanpa darah. Lisan boleh menyebabkan hati terkena penyakit. Tidak semestinya dengan kata-kata dusta yang menerpa ibarat virus yang kuat mampu menghapuskan immunity iman sahaja. Lisan yang senyap juga ibarat pisau yang menikam dari belakang. Kerana terlalu senyap. Hingga terabai tanggungjawab, tak sebut kalimah mukjizat, tak endah kata-kata manfaat. Lisan yang senyap itu lebih degil dari yang berkata-kata. Kerana ia menutup hatinya sendiri untuk menerima. Lidah yang berkata-kata berlawan berdepan-depan, manakala lidah yang senyap menunggu masa untuk tikam di belakang. Jangan pernah kata yang diam itu penyelesaian untuk segala-galanya. Sedangkan suami yang dayus biarpun dia melakukan ibadah sepanjang hari ditambah dengan puasa setiap hari akan ditarik isterinya yang tidak menutup aurat ke jahanam, dan duduk di situ selamanya.

Hati itu lebih lemah dari lisan. Kerana itulah kita dituntut melakukan dengan lisan daripada hati. Maka berhati-hatilah kerana lisanmu itu perlu dijaga


"tidak lurus iman seseorang hamba selagi tidak lurus hatinya dan tidak lurus hatinya sehingga lurus lisannya .....(sehingga akhir hadis)"

Thursday, 26 December 2013

Qalam dhaif dariku

Selembut angin syurga meniup kala subuh,
seindah sinar hidayah yang disuluh,
semekar haruman bunga iman
menghiasi kamar amalmu
tidurmu di dunia
untuk bangun gembira di barzakh
rindunya ingin bertemu
dengan cintamu
yang menciptamu
itulah nikmat teragung
kali ini kamu tersadar
memegang tangan erat
bersangkut di jalan redha
bertaut di celahan
rimbunan jahiliyyah
untuk terus bernafas
kerana-Nya

Alhamdulillah satu hari yang indah..dengan nikmat masa yang diberikan untuk diluangkan di atas jalan-Nya..dengan nikmat sihat tubuh badan walau demam sikitpun masih boleh berjalan, berkata-kata dan berzikir kepada-Nya..dengan nikmat telinga bias lagi mendengar kalimah-kalimah alunan yang mengingatkan kita kepada keindahan hidup dalam iman..dengan nikmat mata yang masih mempunyai air mata..Alhamdulillah..

Segala puji bagi Allah dengan limpahan kurnia beserta sakinah kita dapat menikmati hidup yang perjalanannya membawa kita pada tempat-tempat yang berbagai-bagai indahnya, landskapnya dengan fizikalnya. Sedangkan isinya hanya tertumpu kepada yang satu iaitu betapa Allah itu Maha Agung.

Setiap saat, kita dapat nikmat yang lebih daripada saat-saat sebelumnya. Malah pada saat kita berada ini pun sudah tak terkira nikmatnya. Kamu dapat membaca setiap satu daripada kalimah yang baik itu juga nikmat. Andaikata kita berada bersama-sama dengan isteri, adakah kita mahu isteri mengejek dan memaki kita? Mestilah kita mahu mendengar yang baik-baik darinya. Maka keinginan itu membuktikan bahawa kebaikan itu diperlukan oleh setiap manusia. Cuma susah untuk mereka mencari di mana terletaknya anatomy di hatinya yang dahagakan kasih sayang berupa kebaikan dan hidayah serta petunjuk daripada Allah kea rah jalan yang benar. Apabila kita dipertemukan dengan kasih sayang Allah, sudah tentu hati kita akan menggeletar sewaktu ingin melakukan kejahatan.

Lihat dengan mata hati
Rasa dengan jejak itikad
Fikir dengan ikhtiar iman
Yakin dengan tahap akal
Mula dengan kebaikan niat dan bismillah
Akhir dengan kebaikan doa dan Alhamdulillah

Ada satu kisah..kisah yang dilalui oleh makhluk Allah SWT yang bernama bumi. Bumi selalunya dipijak oleh manusia, binatang, serangga, mikroorganisma dan segala penghuninya. Biarpun bumi memikul semua itu, beliau masih mampu untuk menurut segala hukum-hukum yang ditetapkan kepadanya untuk berputar dan beredar. Usia bumi jauh lebih lama dari manusia. dan cuba kita bayangkan jika bumi tiba-tiba berhenti. Jika bumi hari ini berkata “Ahh,, malaslah nak berputar hari ini..pening” pasti semua penghuninya akan terseksa kerana panas matahari sepanjang hari dan kesejukan malam sepanjang hari. Bumi tetap benci akan penghuninya kerana ada antara penghuninya yang tidak mengikut perintah Allah. Beliau mencaci penghuni itu di alam kubur. Fikirkanlah bumi tak pernah mempersoalkan kenapa dia perlu memikul orang-orang yang berzina, melakukan maksiat dan berdusta di atas badannya. Malah bumi itu sendiri dikhianati manusia dengan teknologi yang diterbitkan daripada mereka yang memberi kesan kepada keseimbangan ekosistem.

Ada satu kisah lagi..kisah yang dilalui oleh makhluk Allah SWT yang bernama manusia..huhu..tak payah ceritalah..

5 kali sehari..satu bulan di ramadhan..zikir..Al Quran

Jangan ditinggalkan

Kalau mahu

Jadi hamba

Yang taat dan patuh


In sya Allah

Wednesday, 25 December 2013

Adakah mampu

Adakah mampu
Kau menghitung
Dengan hanya
Perhitungan dunia
Sedangkan itu
Hanya tanggapan
Dari hati
Yang kering iman

Adakah mampu
Kau mengira
Dengan kiraan
Angka dunia
Jika tiada
Nilai iman
Tak akan terlihat
Banyakknya anugerah nikmat

Adakah mampu
Kamu mengerti
Dengan kefahaman
Takwilan dunia
Hanya imanlah
Paksinya orbitnya
Meskipun terjatuh
Pasti bangkit semula

Wahai hati
Bergetarlah
Dengan getaran
Kerana takutnya
Kepada-Nya

Rabbul A’lamin
 
Blogger Templates