5 key action item tadabbur surah 'Abasa
1) Laksanakan dakwah kepada sesiapapun yang berada dalam lingkungan kita
2) Sentiasalah merencana yang terbaik untuk melindungi dakwah ini
Strategi Rasulullah SAW menyampaikan dakwah kepada kaum pemerintah dengan harapan pengislaman mereka mampu menyelamatkan dakwah dan umat.
3) Utamakan mereka yang mahu walaupun mereka tidak berada di dalam sasaran kita
Rasulullah ditegur kerana tidak mengutamakan Abdullah Ummu Maktum yg mencari islam sedangkan pemerintah-pemerintah yang didekati pada masa itu tidak langsung mahu menerima islam
4) jangan mengutuk dan menyebabkan saudara kita terasa hati dalam berinteraksi dengan mereka
Kisah bilal yang terasa hati dengan Abu Dzar yang memanggilnya hitam
5) sentiasa menjadi mereka yang memberi dalam segala bentuk seperti orang yang mendahulukan permohonan maaf, sekalipun kita merasakan bahawa bukan kita yang bersalah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment