Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday, 20 October 2014

Susunan

Saya seorang jurutera yang suka berfikir dan merenung. suka menceritakan dari pengalaman dan pendapat terhadap persepsi manusia serta adab mereka terhadap alam. sering menyampaikan sesuatu yang sepatutnya sudah diketahui umum. namun, sekadar nota kepada diri sendiri juga terhadap sahabat lain yang mampu mengambil manfaat dari tulisan hati ini.Untuk menulis hati perlu tenang, jauh dari kepentingan. kerana kalam yang tercela adalah dari lidah yang suka mengaut untuk dirinya sendiri. lidah adalah anggota yang sangat perlu dijaga.

Namun, lidah banyak menyebabkan manusia berubah perangai. hanya kerana tusukan lidah, hati manusia boleh berubah dari cerah menjadi malap. lidah walaupun tidak memercikkan darah sewaktu menusuk kalbu manusia, namun luka kesan dari itu menyebabkan perubahan kekal pada sifat manusia. kebanyakan manusia terkena penyakit degil kerana luka yang tidak pernah diubati dengan kemaafan, akibat infeksi dari kuman hasad dengki dan kemarahan yang bercambah dalam hati yang tercalar akibat hayunan lidah yang maut. Ada lidah yang menyelar leher mangsanya sehingga terkulai bersendirian akibat sedih dan sepi.

namun, dengan lidah ini jugalah kita memohon agar diberi keampunan dari Allah SWT, lidah ini jugalah kita gunakan untuk menyebut kalam Al Quran, lidah ini jugalah kita meluahkan isi hati kepada tuhan. sy pernah mendengar syeikh fahad al kandari berkata : "mungkinkah kamu mengharapkan Allah agar mengurniakan kamu hadiah anugerah yang termulia iaitu jawatan untuk menghafaz (menjaga) Al Quran. kamu melihatnya, membacanya dan bertafakur dengannya sedangkan mata, lidah dan akal fikiranmu tidak bebas dari dosa dan noda maksiat, tidak sama sekali tidak kamu mampu untuk mencampur antara yang hak dan batil!"

lidah anggota terbaik untuk manusia menggunakannya dengan tujuan yang terbaik sahaja. lidah yang tidak terjaga akan berterusan menjadi alat nafsu semata-mata. anggota yang paling disukai nafsu tidak lain tidak bukan adalah lidah. kerana melalui lidah manusia boleh menjadi liar. tanpa lidah manusia tidak boleh hidup kerana ia merupakan keperluan hidup untuk berinteraksi.

sekian sahaja untuk hari ini..kalau panjang sangat penat pulak nak baca kan ;)


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates