mencari bunga kasturi
tujuh benua ditujah
tujuh lautan diredah
dari cicit sapi ditanya
hingga ke nenek kuda
dimana entahnya ia berada
Berceritalah sang serigala
akan kisah sekumpulan biri-biri
yang lapar mencari habuan
melata bersama
menjenguk pucuk saderi
walhal sedikit sahaja didapati
biri pertama berkata
aku lebih tua semua ini aku punya
setelah itu
kumpulan biri sangatlah marah
lantas meninggalkan dia sendiri
sehinggalah diratah serigala
kerana pucuk saderi
tergadai nyawa
Bermainlah Sang putera
melambung kaca cantik
ke atas udara tingginya
asyik melihat kelipan cahaya
terbias dari kaca aneka warna
setelah itu
kaca jatuh pecah
berderai serpihan menusuk mata
akibat lupa
akan bahaya dunia
Datanglah wahai dunia
keramat nikmatmu isilah jiwa
nescaya tidak mampu
melainkan sedikit sahaja
Dengarlah hai kalbu
akan yang terkandung disebalik
jiwa yang miskin
dan jiwa yang kaya
semuanya termaktub
dalam kitab yang nyata
0 comments:
Post a Comment