Setitik jernih mengalir
Menghadap bumi titisannya
Menyerap jauh
Jauh entah ke mana
Mungkin diambil akar
Mungkin dikitar batu-batu
Mungkin disitu selama-lamanya
Jika tambah setitik lagi
Tiada bezanya
Tetap semua sama
Segarap api menyala
Membaham-baham bara
Percikan haba
Demi percikan haba
Dilepaskannya
Namun bara dibiar mereput
Sehingga padam merahnya
Tinggal kelabu asap sahaja
Jika tambah bara lagi
Tiada bezanya
Tetap semua sama
Tetapi manusia
Kitarannya berbeza
Hidupnya berbeza
Bukan seperti tetesan air
Bukan seperti bara panas
Saat membesar semua
Janganlah lupa
Siapa kita sebenarnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment