Dikala seorang abdu merasa tak terkawal perasaan rindu..sudah tentu jiwa akan menggeletar kerana ingin merangkul kebahagiaan yg pada ketika itu sungguh mengasyik kalbu. persona minda sentiasa terbayang sejenak lintasan-lintasan memori dan lisan tidak akan lekang dari menyebut "sungguh cepat masa berlalu". Bila seorang abdu menadah tangan meminta agar dikembalikan kebahagiaan rezeki kurniaan tuhan, bukanlah itu yang dimakbulkan. tetapi ketahuilah yg doa itu diterima, namun Allah SWT lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita manusia. mungkin Allah SWT memisahkan kita daripada apa yang kita rindu kerana kurangnya hubungan kerinduan kita kepada-Nya sewaktu kita berhadapan 5 kali seharian. apa mungkin kerana kerinduan itu boleh menyebabkan perpisahan selamanya dan retakan ukhwah yang disangka mampu dijalin hingga ke syurga tetapi hakikatnya tidak sama sekali. Juga berkemungkinan dengan berlakunya perpisahan itu, maka syurga dapat digapai oleh kedua-duanya yang sudah tidak sibuk mengejar dunia bahkan dapat berjumpa semula dalam kebahagiaan kekal abadi.
12. | | وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ |
| | Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin. |
13. | | وَلَوْ شِئْنَا لَآتَيْنَا كُلَّ نَفْسٍ هُدَاهَا وَلَٰكِنْ حَقَّ الْقَوْلُ مِنِّي لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ |
| | Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayat petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayat petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh). |
14. | | فَذُوقُوا بِمَا نَسِيتُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا إِنَّا نَسِينَاكُمْ ۖ وَذُوقُوا عَذَابَ الْخُلْدِ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ |
| | (Lalu dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan. |
15. | | إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ۩ |
| | Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. |
Rindu seorang abdu itu tidak salah. namun janganlah sehinggakan perasaan rindu itu mendidih terlalu kuat sehingga air panas keluar dari periuknya kerana ia bisa mencederakan orang lain. sedangkan rindu itu juga boleh menjadi permulaan kepada munculnya hasrat untuk bertemu dan berlakunya perkara maksiat dan zina. perpisahan itu sesuatu yg boleh memberi pengajaran ibarat mati dimana roh dan jasad berpisah antara satu sama lain. sudah tentu roh akan merindui jasadnya sedangkan jasad hanya terbujur kaku menunggu untuk diuruskan agar dikebumikan sebagai jenazah. sepertimana seorang pendosa yang diletakkan ke dalam neraka dan dipisahkan dengan kehidupan dunia sewaktu mereka meminta untuk di kembalikan kepadanya kerana perasaan rindu. rindu akan nikmat dunia walhal mereka gagal untuk merindui Allah SWT dan hari pembalasan yakni hari akhirat.
untuk merindui perlu ada kayu ukur. jika kita rindu sehingga solat entah ke mana itu sudah menandakan kita berada dalam tahap yg parah dan perlu kembali semula kepada Allah SWT. mohonlah yg terbaik untuk perjalanan hidup dan jangan berputus asa memperbaiki hubungan dengan Allah SWT. dekatkan diri dengan Al Quran kerana itulah ayat Allah SWT kepada kita manusia. rindu itu baik bagi yg tidak berniat untuk melakukan dosa dan ingin memperbaiki hubungan antara manusia. bahkan ia dituntut dalam agama untuk kita memperbaiki hubungan sesama manusia melalui ikatan persaudaraan yang jitu. kerana tanpa kebaikan antara satu sama lain maka impaknya sudah sememangnya akan menyebabkan ketegangan. hasilnya, mereka tidak bertegur sapa antara satu sama lain dan ini seterusnya memberi peluang kepada musuh untuk menyerang melalui ghuzwatul fikr iaitu serangan pemikiran.
permusuhan antara umat islam itu selalu menjadi senjata untuk memudharatkan umat ini. sedangkan pengorbanan merupakan satu aset yg perlu dimainkan kerana itulah yg boleh melahirkan satu kesedaran bagi mereka yg mengerti akan sumber kekuatan umat islam ini. kerinduan hanya memainkan peranan untuk kita membuat niat yang padu demi menempuh medan pengorbanan yang disediakan di dunia penuh pancaroba. di alaf globalisasi ini memang sudah tidak dapat disangkal lagi bahawa umat islam berada dalam keadaan yg nazak dimana mereka menyerah kalah hanya kerana niat yg salah dan enggan melakukan pengorbanan kerana takut akan berada dalam kondisi yg bertambah teruk dari yang sebelum ini. sudah semestinya musuh sentiasa wujud bahkan dalam kalangan umat islam sendiripun, namun itu merupakan bukti bahawa kita merupakan umat yg terhebat dan mampu untuk berada di bawah pemerhatian-Nya walau dikecam oleh segenap pihak seluruh dunia.
0 comments:
Post a Comment