Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday, 31 March 2014

Merah di badan bumi

Di badan bumi tempatku memijak
ada merah pekat mengalir penuh likat
tak terhenti walau sedetik, sesaat mahupun sedekat
saga merahnya buatkan dagu terangkat
saat menoleh busuknya bau mayat-mayat
bergelimpangan biarpun masih hidup di darat

Aku berjalan di atas bumi ini
dimana tanahnya lembut bercampur darah
yang tertumpah tanpa bukan pada pengabdian
yang terbazir kerana menjauhi ubudiyyah
yang menumbuhkan benih-benih jahil pada anak muda
yang menyebabkan mereka turut sama
mengotori bumi dengan niat yang sia-sia

Aku terduduk di atas bumi ini
dimana semuanya nampak indah dek mata
namun terselindungnya kerosakan dek hati
jika diteliti ia tidak sama dengan apa yang dijanji
tentang kebahagiaan yang ditempa oleh orang terpuji
merekalah yang beruntung di atas muka bumi ini

Aku menunggu di atas bumi ini
saat aku ditelan dalam perutnya
adakah masih wujud lagi orang yang beriman
yang akan mengurusku dengan baik
mengemaskanku sebelum bertemu malaikat-malaikat
wujud lagikah manusia yang cintakan saudaranya
kerana Allah dan Rasul-Nya
atau kehidupan kini hanya meraung
pada yang terbujur kaku dalam keranda tertutup
Apakah nasibku siapa yang bisa menjawabnya?

Aku menghampiri satu sudut atas bumi ini
dimana aku mendapati sekelompok kaum
yang saling memperingatkan kebaikan
yang saling mencegah kemungkaran
yang saling bertakwa
malah mereka sentiasa berhijrah ke jalan-Nya
menyebarkan risalah ayat hikmah dari-Nya
kerana takut kepada kasih Allah SWT
akan hilang di benak dada
takut mati hati
sebelum mati jiwa

Aku ingin sekali menghampiri tempat itu
di atas muka bumi ini
lebih dari segala-galanya


Tuesday, 25 March 2014

Konklusi jiwa

Hari yang nyaman dan indah tidak boleh dibazirkan dengan begitu sahaja tanpa berbuat perkara yang baik dan boleh memberikan manfaat kepada kita bersama. Masa yang belum sempit inilah harus kita jadikan sebagai ruang yang diberikan kepada kita untuk sama-sama memperingati antara satu sama lain tentang islam dan seterusnya menyebarkan kebenaran dengan cara menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta bertakwa kepada Allah SWT. Hari ini saya dikejutkan dengan satu isu yang didapati padanya beberapa kesedihan. Sesungguhnya hanya Allah SWT yang lebih mengetahui akan hikmah disebalik kejadian ini dimana umat islam di mesir dilontarkan dengan pertuduhan dan mereka berhadapan dengan hukuman bunuh dari musuh Allah SWT.

Sedarlah hakikat ini bukan sekadar tulisan melalui rangkaian laman sosial malah ia adalah satu isu yang sangat menyentuh hati muslimin dan muslimat yang sangat sayang dan kasih kepada saudaranya yang turut sama bersaksi dengan persaksian dan memikul tanggungjawab yang sama. Hidup dan mati di tangan Allah SWT bukan di tangan musuh-musuh ciptaan Allah SWT. Perlu ingat kita milik Allah SWT dan kepada-Nya jua lah kita akan dikembalikan nanti pada hari persaksian. Melihat pada keadaan ini, umat islam perlu faham apakah peristiwa ini datangnya dengan tujuan bersahaja ataupun ia merupakan bukti dari Allah bahawa umat islam sekarang semakin dekat dengan fasa yang bergelar zaman ke-5 ataupun lebih popular dengan akhir zaman.

Sesuatu peristiwa haruslah kita tempuhi tanpa rasa yang boleh mengugat iman seperti kemarahan yang bukan kerana Allah SWT, sabar yang bukan kerana Allah SWT, doa yang bukan kerana Allah SWT dan lain-lainnya yang bukan kerana Allah SWT. kembali kepada Allah SWT dan ingatlah tujuan utama kita di muka bumi ini. Sesungguhnya kita wajib untuk memelihara bumi dan penduduknya daripada kerosakan yang dibawa oleh mereka yang melakukan banyak pertumpahan darah dalam kalangan syaitan (jin mahupun manusia). Iman dalam hati haruslah mencari nur untuk berjalan agar dapat menghampiri kemakbulan hajat dari hati yang telah lembut dengan pukulan istighfar yang sentiasa dilaungkan melalui lisan yang tidak berdusta dan keji serta mungkar. Tanpa lidah yang jauh dari kemaksiatannya maka hati turut tidak mampu untuk mencari jalan yang lurus bahkan imannya juga akan turut lemah dan letih dalam pencariannya.

Jika sahabat kamu terpijak paku sudah tentu kamu akan cuba menolongnya kerana melihat reaksi sahabat yang sedang sakit. Apakah kamu tidak menyayangi saudara sedangkan mukmin itu bersaudara, saudara di sini bermaksud perhubungan yang melebihi sahabat. perhubungan ini ada diterangkan dengan lebih terperinci oleh rasulullah dimana mereka saling mencintai hanya kerana Allah SWT tujuan mereka. kerana mereka berkongsi kecintaan persaksian bahwa TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.

Kuantiti bukan tanda soalnya, tetapi tanggungjawabnya dimana perlu ia di sandarkan? apakah hujjah kita atas tugas mereka, hujjah dimana jika mereka menyatakan yang kita tidak memperdulikan mereka dalam urusan menyebarkan kalimah syahadah yang agung ini di akhirat nanti. Sedangkan mereka telah mendapat tempat di sisi Allah SWT bagi yang mengerjakan segala tanggungjawab itu dan syahid. kita yang tidak punya apa-apa dan turut didakwa kerana sikap acuh tidak acuh yang membelenggu pemikiran manusia zaman ini.

Moga doa kamu sentiasa mengalir kepada saudara-saudara kita yang dalam kesusahan, dan dengan keberkatan doa itu kita juga dapat menyertai syurga bersama-sama dengan mereka. moga kita sentiasa dalam limpah dan rahmat Allah SWT in shaa Allah.

Friday, 21 March 2014

Nukilan pagi

Alhamdulillah, pagi yang sungguh nyaman dan sesuai untuk menambah mood untuk menulis lagi dan lagi.


Ni gambar lama..zaman tingkatan tiga dulu..hehe..Sebenarnya gambar itu tiba-tiba jumpa dekat blog lama yang sudah lama terkandas kerana terlupa password dan juga usernamenya.

Biarlah burung menyanyi, menyahut seruan kala pagi untuk memuji Allah SWT setelah dapat bangun dari tidur keesokan harinya. berterbangan di udara yang damai dengan angin bayu pagi yang berdesus-desus meniup dagu umat manusia yang sedang berselimut lena dibuai mimpi yang mengusik kalbu melalaikan hati dan mengundang kecenderungan untuk tidur lagi di keesokan harinya. burung hairan kenapa manusia tidak aktif di waktu pagi? hanya mereka yang berurusan sahaja yang bangun sedangkan mereka yang berkelapangan tentu mengambil peluang untuk melabuhkan tubuh di atas tilam yang menjauhkan diri mereka dari bertaqarrub kepada Allah SWT yang telah memberikan kepada mereka peluang untuk hidup selepas mati sekejap malam tadi.


9.  وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا
  Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
10.  وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا
  Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
11.  وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا
  Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki?
An-Naba [78:9-11] 

Ada orang yang berkata "semalam saya tak tidur sepanjang malam dan di waktu pagi saya perlu rehatkan minda saya untuk cukup tidur". Apa sebenarnya yang kamu buat sepanjang malam. adakah kamu menghidupkan malam yang kamu tidak mahu tidur itu dengan berbuat perkara yang baik dan menjauhi perkara yang buruk. jika tidak lebih baik kamu tidur dari mematikan malam yang sepatutnya dihidupkan dengan kebaikan. Ada yang sanggup meninggalkan subuh kerana mahu puaskan nafsu tidur dan ada juga yang sengaja tidak mahu bangun kerana mahu berkawan dengan syaitan-syaitan pagi yang aktif menghasut manusia di waktu yang strategik untuk berbuat demikian. 

Sedangkan syaitan yang berdusta kepada Allah SWT pun dapat aktif setiap masa dan sentiasa memerhatikan kelemahan kita sedangkan Allah SWT berfirman dalam Al Quran:


76.  الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
  Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.
An-Nisa [4:76] 

Kenapa kita lebih lemah dari syaitan? adakah kerana tiada hidayah? tidak sama sekali. hal ini hanya berbalik kepada diri sendiri yang tidak mahu berinteraksi dengan Allah SWT dalam seharian hidup mereka. mereka hanya mahu hidup dengan sahabat dan kekasih yang zahir di mata serta menindas musuh yang dapat disakiti dan bermusuh-musuhan sesama sendiri. Tingkat amal mereka tidak mahu panjat untuk sampai ke darjat paling atas hanya kerana anggapan bahawa itu adalah tidak penting.

Saya target ini kepada saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian, jangan tunding jari kepada orang lain. malah saya juga terlibat sama dalam hal ini maka perlu kita baiki segala kelemahan dan jangan menyombongkan diri kepada orang lain kerana sikap sombong itu boleh menutup pintu hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. 

Maka burung mencari seekor cacing untuk di makan tika waktu kian semakin terang dan panasnya semakin membahang. menjenguk dalam lubang-lubang tanah dan mencari beluncas yang tinggal atas pokok untuk jadikan santapan. sayapnya dibentang supaya dapat menjalar atas langit ciptaan Allah dan dengan izin-Nya jugalah dia dapat berbuat demikian. siri pencarian akhirnya berakhir setelah berjumpa dengan seekor cacing tanah yang sedang kehausan di tepi embun pagi sebalik rumpun hijau yang indah menyepi. tanpa berlengah dimakan cacing itu agar tenaganya kembali untuk memuji Allah SWT di muka bumi ini.

Sedangkan manusia, di waktu ini biarpun ada yang tidak tidur malah mencari rezeki. mereka memakan dari nasi-nasi, bijiran dan roti dengan wang yang berbekal dalam beg bimbit berwarna yang berwarna warni. mereka terbang tak juga perlu melihat dalam lubang-lubang untuk mendapatkan sesuap nasi. tetapi umat manusialah yang paling susah untuk bersyukur kepada penciptanya Allah SWT. biarpun mereka punya darjat yang tinggi di dunia dan harta yang menggunung mereka langsung tidak endahkan tuntutan agama untuk mencurahkan rasa syukur kepada Allah SWT. mereka tidak mahu keluarkan zakat, tidak juga mahu memakmurkan yang susah. itu lah kes senario manusia hari ini yang matanya hanya tertumpu pada emas sedangkan emas itu jika dihentak atas kepalanya mesti akan mati juga.

Berubahlah, sesungguhnya perubahan itu adalah lebih baik bagi kamu. semua orang perlu berubah termasuklah saya sendiri. moga perkongsian kali ini bermanfaat kepada semua, In Shaa Allah =)

Rindu Yang Menjalar

Ular rindu menjalar ke mari
melalui batu-batu menggerutu
ingin tak jauh dari pangkuan
mahu tidak hadapi sendirian
perit enggan pergi berenang
akibat ritma gelombang arus kencang
di lautan yang luas benak terbentang

Ular rindu mengesan haba
melalui hujung lidah bercabang dua
yang seringkali keluar masuk
di taringnya ada bisa racun
bila terkena mautlah mangsanya
tetapi ular rindu, baik hatinya
tidaklah ia macam ular-ular biasa
mahu kawan dengan bual bicara
bersama-sama rakan tak kira beza
dari rupa, kulit, warna dan budaya

Ular rindu apabila tidur melilit
dipeluk badan sendiri bergulung-gulung
dicelah busut tebal kalis udara sejuk
bersebelahan hutan damai tenang
yang sunyi menyepi tiada riang

Ular rindu ingin bertemu
mahu luahkan kata hati
hasrat di kalbu untukmu
biar nampak bahaya diluar
namun nilai bukan jasad
tetapi apa yang ada dalamnya
itulah yang boleh memberi manfaat
kepada semua

Puisi Ular bertajuk Rindu Yang Menjalar ini adalah sempena mimpi saya yang melihat ular datang dan menyemburkan sesuatu, pada buku maksudnya ialah jodoh yang akan mendatang..huhu

Tulisan Kala Malam


Menulis dalam malam yang sejuk, sunyi dan sepi selalu mengingatkan nostalgia yang di alami masa remaja dulu. Sekarang belum tua lagi, masih 20 tetapi zaman remaja dulu sungguh banyak benda yang berlaku cuma tidak semua dapat digapai dengan sebaik mungkin. Setiap kali saya menyelimutkan diri untuk memecahkan kesunyian dan menaip kata-kata sebagai teman perbualan (bermonolog) akan terimbas dalam hati kenangan-kenangan yang merisik kalbu mengoyahkan rasa ingin kembali kea lam fantasi muda dulu. Mungkin kerana ada yang mahu diubah dan perlu dibaiki kerana kekurangan yang wujud hasil kesedaran akal yang semakin tua ini.

Namun, biarpun masa berdetik tiada henti, menambahkan angka dalam umur hari demi hari kata tekad hidup perlu sama seperti masa yang tak kenal erti penat lelah sejak turunnya Nabi Adam AS hingga sekarang masih belum berhenti. Taatnya masa kepada Allah tidak berbelah bahagi sentiasa menzahirkan kepentingannya supaya manusia berlumba-lumba dalam jangka singkat yang berbekal hanya sedikit lagi.

Bukan tentang masa yang ingin diceritakan tetapi tentang kenangannya. Tetapi dalam  masa jugalah menyebabkan kita menceritakan benda ini. Ketika saudara membaca cerita saya masa telah memakan masa saudara/saudari dan jika kalimah saya memberi kesedaran dan kebaikan kepada saudara/ saudari maka apa yang di ambil masa itu akan dipulangkan kembali kepada kita dalam bentuk pahala oleh Allah SWT. Jadi saya memohon agar saudara/saudari membuka hati masing-masing untuk meneliti kebaikan mahupun pengajaran walaupun secebis mana sekalipun agar masa yang diluangkan tidak terbuang umpama terbuangnya roti-roti berkulat dan makanan yang expired. Semoga tidak sia-sia investment saudara/saudari dalam perjalanan mencari kebaikan dan menjauhi keburukan dan juga bertakwa kepada Allah SWT.

Berbalik kepada cerita, saya dulu bersekolah di sekolah menengah kebangsaan agama melor di padang raja, melor, Kelantan darul naim dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Mula-mulanya saya tidak dapat pun masuk sekolah ini dan duduk di sekolah menengah kebangsaan long gafar, tetapi dengan izin Allah SWT bapa saudara saya menolong saya untuk masuk ke sana. Tempat itu adalah juga salah satu institusi yang saya minati dan amatlah suka sewaktu masuk. Saya juga punya abang di sana, menyebabkan saya mudah dikenali senior-senior.

Saya seorang yang suka diam, suka berbual tentang topic yang tak punya faedah dan banyak luangkan masa bersendirian dan kurang bersosial. Di sana saya rasa bebas dan jauh dari halangan keluarga menyebabkan rasa bebas bergelumang dalam dada. Saya mula rasa mahu lakukan ikut perasaan sendiri tanpa menghiraukan orang disekeliling. Saya ada satu tabiat yang pelik, apabila rasa sangat sendiri dan sepi saya akan berjalan-jalan bersendirian dan mencari benda-benda yang menarik untuk dilihat terutamanya pada waktu malam masa tak boleh tidur. Saya selalu berjalan di tempat yang gelap dan sunyi dan bersembunyi jika ada orang lalu kerana khawatir akan dicop oleh orang sebagai seorang yang pelik. Walaupun banyak kali tersempak dengan kawan, saya tetap berusaha agar tidak perlu berkata-kata dengannya kerana tidak mahu cakap yang saya keluar hanya untuk ambil angin sahaja.

Walaupun hakikatnya saya segan dan malu untuk menceritakan perkara ini tetapi saya tetap akan menceritakannya supaya saudara/saudari tidak melakukan kesilapan yang sama seperti yang telah saya lakukan. Pada satu malam, saya bangun dari tidur awal, time tu pukul 12.45 macam tu laa, tak laa tepat sangat Cuma itu anggaran waktunya sahaja. Saya rasa sangat bertenaga malam tu dan hilang rasa mengantuk seolah-olah macam sudah mandi. Jadi saya rasa mahu berjalan-jalan seperti biasa. Malam itu sangat sejuk, saya luangkan masa berfikir di beranda meratap asrama yang belum siap ketika itu. Hajatnya mahu ke sana tetapi tidak berani. Saya berjalan di beranda aras, sampai ke satu bilik iaitu bilik 1B. sebenarnya dekat je dengan bilik saya iaitu bilik 1A. dan berlakulah beberapa peristiwa dalam bilik itu (yang saya tidak boleh ceritakan).

Sejak peristiwa itu berlaku saya terkena pelbagai penyakit. Buasir, masalah pernafasan, sakit belakang, mimpi buruk dan peristiwa sama yang berulang-ulang. saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, orang-orang di sekeliling terutamanya yang sama umur dengan saya tiba-tiba menjadi semakin rapat dengan saya. Kadang-kadang mereka mengatakan yang rupa saya amat garang sedangkan saya tidak merasa marah pun ketika itu. Dan masa berlalu, ketika saya tingkatan lima masalah itu belum selesai lagi. saya ada buat satu hajat untuk menutup apa yang berlaku pada diri saya dengan menyandarkan ia kepada benda yang salah. Itulah kesilapan yang saya rasa memang jelas saya lakukan menyebabkan penyakit itu melarat.


Konklusinya, saya tidak boleh bercerita panjang, maka janganlah terlalu senyap. Jangan biarkan benda yang salah berlaku depan mata dibiarkan begitu sahaja tanpa membaikinya dengan cara yang betul. Haruslah waspada dengan pekerjaan kita agar tidak bercampur yang hak dan yang batil. Saya mohon maaf kerana cerita saya kurang jelas sebab memang tak boleh nak cerita sebahagiannya..huhu


Ni gambar masa form 5 kalau tak silap,huhu


Sunday, 16 March 2014

Syahadatul Haq Part 2

Untuk Part 1 = http://zakiranrazak.blogspot.com/2014/03/syahadatul-haqitulah-sebenar-benar.html

Kita yang memegang amanah ini haruslah berusaha, jangan leka goyang kaki melihat krisis umat zaman modenisasi ini yang parah dan kronik. Secara umumnya manusia sekarang ada macam-macam. Mereka yang punya agama islam sendiri pun belum tentu mereka pegang islam itu dengan betul ataupun tidak. ramai manusia yang salah faham tentang konsep agama. mereka anggap agama itu hanya untuk keperluan semasa sahaja. Memang, dalam kalangan muslim sendiri sudah ramai yang tidak mengenali apa itu syahadatul haq.

Bagi mereka yang telah mengenali apa itu syahadatul haq maka mereka akan tahu sungguh berat amanah Allah SWT dan sangat penting untuk menyebarkannya supaya terus berjalan. supaya penghuni-penghuni bumi mengerjakan penyeruan terhadap kebaikan, pencegahan terhadap kemungkaran dan masing-masing bertakwa kepada Allah SWT. Supaya Penyaksian Rasulullah sebagai rahmat terhadap sekian alam diperkenalkan kepada seluruh umat manusia dan mereka yang mengenali menyampaikan kepada mereka yang belum kenal dan seterusnya. supaya ikatan rahmat itu mencurah-curah ibarat air terjun yang jatuh tanpa henti melimpah meyuburi pokok-pokok yang hijau tumbuh meliar di tepian.

Hadith shahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah..
“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah) , adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu, masa kerajaan yang diktator (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah) . Kemudian beliau (Nabi) diam.”
Kita sekarang berada di zaman yang hampir dengan kemenangan. kemenangan yang pasti akan berlaku walaupun kita tidak atau enggan menyertai pertarungan ini, semua ini sudah ditetapkan dan janganlah kita tunggu kemenangan datang dahulu sebelum kita menyumbangkan sesuatu kepada kemenangan itu walaupun secebis- cebis jasa yang paling kecil antara yang kecil. Jangan hanya tunggu saat kemenangan dan kita menjadi golongan yang menepuk tangan dan bersorak di belakang mereka yang telah di berjaya meletakkan beban mereka pada tempat yang betul, sedangkan mereka (yang bersorak) masih memikul beban hidup sebagai seorang muslim. Sudah tentu mereka yang hanya menunggu itu rugi.
Seorang alim yang mampu membina bangunan pencakar langit boleh melakukannya kerana dia mengajarkan kepada para pekerja tentang design, tapak dan site-site yang harus dibina. jika pekerja itu buat ikut suka hati tanpa ilmu maka sudah tentu pencakar langit itu tak akan menjadi. maka di situlah pentingnya tanggungjawab seorang alim dalam komuniti yang tidak mengetahui. Ada satu kisah di mana Allah SWT menyuruh malaikat menjatuhkan bencana kepada sebuah kerajaan yang penghuninya melakukan maksiat dengan berleluasa. Maka pergilah malaikat ke kerajaan itu dan singgahlah malaikat itu pada sebuah masjid. Malaikat itu mendapati ada seorang alim sedang beribadah dalam masjid itu menyebabkan malaikat itu pulang semula untuk memberitahu perihal seorang alim yang sedang beribadah di masjid dalam kerajaan itu, adakah perlu dibinasakan sedangkan ada yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi-Mu? Namun, Allah SWT menyuruh malaikat untuk memulakan azab bencana itu pada alim ulama itu kerana dia tidak melaksanakan tanggung jawabnya sebagai seorang muslim di muka bumi untuk menyebarkan yang baik, mencegah yang buruk dan bertakwa kepada Allah SWT. 
Kita pinjam nyawa daripada Allah SWT untuk pulang ke syurga dan mengelakkan dari jalan ke neraka. Pinjaman Allah ini hanya menuntut kita untuk memimpin tangan mereka yang masih belum mengetahui tentang jalan pulang ke syurga, supaya kita dapat memimpin mereka ke halaman syurga. Pinjaman Allah SWT hanya menuntut kita untuk menyeru manusia kepada kebenaran yang berkekalan dan menjauhi kebatilan yang sementara. Dan pinjaman itu hanyalah untuk tepoh masa yang tertentu, maka setelah Allah SWT menjemput kembali maka saat itu kita haruslah mempersembahkan apa yang kita sumbangkan terhadap pinjaman Allah itu. 
Maka mereka yang tidak mengetahui sudah tentu akan menunding jari kepada mereka yang mengetahui kerana tidak memberitahu mereka sewaktu nyawa pinajaman masih dalam jasad. Maka di sinilah akan berlaku persaksian di mana adakah kita telah menyebarkan kebenaran kepada dia. Maka ingatlah perhitungan Allah SWT itu adalah sebaik-baik perhitungan kerana sesungguhnya Allah SWT itu Maha Adil
Syahadatul haq ada dua, syahadatul fi'liyyah dan syahadatul qouliyyah. syahadatul fi'liyyah berbentuk teladan, pencegahan dengan kuasa dan lain-lain. syahadatul qouliyyah pula melalui lisan, perbualan dan tindakan menghantar kalimah-kalimah melalui surat, email ataupun mesej dakwah melalui media massa. kenapa yang hati tidak termasuk? kerana tiada manusia yang boleh membaca hati manusia lain. fokus syahadatul haq ialah untuk memberitahu manusia tentang kebenaran dan persaksian yang akan di soal Allah SWT nanti. Maka yang pencegahan hati itu perlu ada juga tapi utamakan yang dua iaitu melalui perbuatan dan lisan. Kita mampu untuk melakukannya.
Pimpinlah tangan saudaramu ke syurga, pimpinlah tangan saudaramu ke syurga =)

Saturday, 15 March 2014

Perkara yang harus di jaga untuk menghafal

Syukur beribu kali syukur kepada Allah SWT yang telah menciptakan kita dengan tanah yang hina supaya kita membaiki kedudukan kita dari maqam yang teruk dan keji kepada darjat yang mulia dan suci. Syukur Allah SWT masih memberi beberapa senjata kepada manusia walaupun mereka bukan beragama islam untuk mencapai tujuan itu, namun jika dakwah tidak tersebar maka mereka tidak akan mengetahui. Dan salah satu senjata yang di berikan ialah daya ingatan atau daya hafalan.

Menghafal itu memberikan kekuatan bukan sahaja pada akal fikiran untuk mengingatkan kita tentang sesuatu. untuk menghafal memerlukan banyak disiplin yang juga membentuk seseorang insan yang mampu menilai sesuatu perbuatan yang boleh mengurangkan daya ingatan. Kekuatan mereka yang menghafal terserlah jika mereka memahami dan mengamalkan apa yang mereka ingat dan bukan sahaja mengingati skrip-skrip seperti pelakon-pelakon atas pentas, selepas beraksi sudah lupa.

Di sini saya ingin menulis beberapa perkara yang harus dijaga jika mahu hafal dengan baik

1) Jaga penglihatan dan percakapan dari dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil yang berterusan

2) baca ayat kursi sebelum menghafal

3) makan kekacang, kurma dan makanan yang menambah tenaga untuk hindari rasa mengantuk waktu menghafal

4) Kurangkan makanan organ dalaman, boleh saja makan tapi

5) Ulang secara berterusan, jika menghafal Al Quran tadabbur dengan orang yg fasih atau kawan yg turut menghafal

6) kurangkan menyanyi dan berpuisi

7) Jangan tidur waktu pagi dan selepas asar

8) Kurangkan tidur selepas magrib

9) Qiam

10) Jangan tidur meniarap iaitu tidur menutup muka

11) Berwudu dan baca doa tidur sebelum tidur

12) ketika masuk tandas jangan tengok pada mangkuk tandas

13) Kurangkan duduk tempat kotor, berbau najis dan maksiat

14) Kurangkan tengok najis

15) Banyak bersenam dan jaga kesihatan badan

16) Kurangkan ketawa, jangan mengilai tak tentu hala

17) hadirkan diri di majlis ilmu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu termasuk solat jumaat

18) Kurangkan mendengar lagu yang boleh melalaikan dan lagu-lagu maksiat

19) Elakkan dari memukul bahagian belakang dan belakang kepala

20) Elakkan mengesot pada, menghidu dan merasa benda-benda yang berdebu

21) Elakkan dari membunuh binatang biarpun serangga, jika di dapati ada serangga lemas selamatkan jika tidak berbisa.

22) Banyakkan selawat

21) Baca istia'zah sebelum menghafal

22) Berdoa dalam solat agar dipelihara yang dihafal

23) Kurangkan menghadap cahaya yang terang, kurangkan tidur lebih dari 8 jam

24) Suka wangian

25) Niat yang baik

In sya Allah.. moga berjaya menghafal ye =)

Friday, 14 March 2014

Gundah gulana sudah

ketawa 
tapi jiwa gundah gulana
terdekah-dekah deras suaranya
wajah sengih tapi berduka
bagai menyanyi dalam sorakan iblis
sedangkan ubatnya ada atas sejadah
itu bergembira, salah sama sekali

jangan banyak ketawa
jangan banyak mengilai
nanti hati tercungap 
sesak nak bernyawa
risik jiwa akan luntur 
kepaduan iman akan hancur
keintiman dengan malaikat tertanggal
keakraban dengan iblis terikat sendat
jauhilah sahabat, itulah kebenaran

ketawa riuh sedunia
mengilai mengejutkan penghuninya
itu salah
kerana melatih hati
untuk menjauhi pengharapan
berbentuk keinsafan
bertatahkan keinginan bertaubat
niat yang termakbul 
doa yang tersimpan
ingin di tulah dalam perjalanan
hijrah yang jauh
lebih jauh dari dapat disangka

ini puisi panjang bukan panjang saja
haruslah ambil iktibar
tak perlu ketawa
tak perlu mengilai
ini bukan gurau senda
bukan bahan mainan suara
untuk di jadikan bahan duniamu
bukan sama sekali

 jangan kuat mengilai nanti hati mudah mati!!!!
 jangan kuat ketawa nanti hati mati!!!!!
banyakkan senyum, tenang hati dan sunnah~

Saturday, 8 March 2014

Syahadatul Haq..itulah sebenar-benar tuntutan


Kita sebagai manusia, telah menjunjung janji dari Allah SWT untuk memikul amanah sebagai hamba yang berserah diri (ibadah) dan khalifah (khairu ummah). Allah telah mencipta gumpalan-gumpalan kelompok manusia dari macam-macam jenis. Ada yang berbangsa cina, india, melayu dan lain-lain lagi. Di antara keriuhan-keriuhan manusia ada macam jenis pula. Ada yang mempunyai agama, ada yang tidak punya agama dan ada yang memakai agama semata-mata. Tetapi, terfikirkah kita, dalam kelompok yang ramai dan tidak terkira itu, Allah SWT telah menabalkan kita untuk terpilih sebagai seorang muslim, iaitu mereka yang memakmurkan alam dengan tugas amanah seperti yang saya sebutkan di atas.

Biar saya ungkapkan serba sedikit sejarah supaya jelas dapat di lihat. Rasulullah SAW setelah mendapat wahyu untuk menyebarkan agama Allah, Baginda SAW telah memilih Khadijah (wakil perempuan), Abu Bakar As Siddiq (Wakil golongan belia), Ali r.a. (Wakil remaja) dan Zaid bin Haritsah (Wakil hamba). Kenapa mereka yang terpilih? Sudah tentulah kerana merekalah golongan yang berkaliber dalam menyampaikan dakwah ayat-ayat Allah. Contohnya, Abu Bakar As Siddiq telah menarik 4 orang memeluk islam pada hari dia menyertai dakwah, dan seorang lagi sahabat keesokannya. Hal ini kerana beliau r.a. merupakan yang dipilih oleh Allah SWT.

Terfikirkah kita Allah SWT boleh saja mahu pilih orang lain. tetapi kita dipilih untuk menjadi seorang muslim di muka bumi. maka sedarlah yang kitalah penegak islam dan penyebarnya supaya seluruh umat manusia bersaksi dengan kalimah "aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Apa yang kamu faham tentang konsep syahadatul haq ini? adakah kamu muslim boleh lari dari tugasmu untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran beserta bertakwa kepada Allah SWT? Adakah kamu boleh kata yang kamu tiada bahagian dalam amanah Allah SWT hanya kerana kekurangan sedikit ilmu dari orang lain? Tidak, sesekali tidak..semua wajib melaksanakan amanah dari Allah SWT. mereka yang tidak mempunyai bahagian dalam tanggungjawab itu bakal menghadapi hari yang tiada pertolongan baginya.


عَنْ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ، قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَاإِلَهَ إِلَّااللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Daripada Ibn Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Islam tertegak diatas lima (perkara); Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan berpuasa di bulan ramadhan. (Riwayat Bukhari)

Kita sebenarnya telah salah. kita di serang dengan serangan pemikiran daripada barat. iaitu serangan yang telah menyebabkan kita umat islam umpama buih-buih di lautan, umpama makanan yang terhidang di hadapan musuh-musuh Allah SWT. Dalam konsep persaksian sendiri pun manusia sering salah tafsir. Sepertimana hadis di atas, ada manusia yang pandai-pandai translate yang islam itu cuma pada lima perkara itu sahaja. sebenarnya islam itu tapaknya lima, terbina di atas tapak itu apa yang sebenarnya bakal di lihat Allah SWT kelak. seperti kerusi, memang tanpa tapak, kerusi itu tidak terbina. tetapi adakah kerusi itu wujud jika hanya tapaknya sahaja? fikirkanlah baik-baik bahawa lima perkara itu adalah basic kepada islam, bahkan yang terbina di atas asas foundation islam yang kukuh itulah individu yang mengamalkan islam sepenuhnya. contoh yang paling mudah saya boleh ambil ialah kita amalkan intipati dalam solat di luar solat. 

Kita sebagai umat akhir zaman, biarpun kita belum melihat Rasulullah SAW, namun baginda SAW tetap bersaksi ke atas kita yang kita telah terpilih untuk menyebarkan ayat Allah di muka bumi ini. Allah yang menjadi hakim akan menyoal kamu saksi-saksi yang terdiri dari orang islam, adakah kamu telah menyeru saudara kamu yang tidak mengetahui akan kebenaran? 


وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ‌ۗ 

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (AlBaqarah (2:140)


143.  وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ

عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ

الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى

اللَّهُ ۗ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ
  Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayat dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
[Al-Baqarah 2:143]

Rasulullah telahpun selesai amanahnya dan baginda akan menjadi saksi kepada persaksian kita semua. Dan sudah tentunya sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membawa persaksian ini kepada mereka yang tidak mengetahui akan kebenaran supaya di hari akhirat nanti kita tidak di dakwa kerana kita menyembunyikan kebenaran yang perlu di luahkan.

Seorang Ulama besar di India pernah berkata, " If nobody tells me about the truth in islam, where that time I was not chosen and unable to understand it. I would say at the hereafter, O Allah! your so called Khairu Ummah does not even tell me this truth, that is why i'm being in kufr!" moga perkongsian ini bermanfaat. sharing is caring..moga mndapat lebih manfaat dengan berkongsi.. =)




Wednesday, 5 March 2014

Realiti yang tersusun





"saya pun tahu yg teman hidup kene pilih biar puas hati 

sebab kita nak hidup sama-sama dengan dia..tapi macam 

mana teman mati? kita juga nak mati sama-sama dengan 

teman mati..eishh,,takkan nak duk sorang-sorang dalam 

kubur??"




Realiti hidup ini cumalah pancaran cahaya yang mengandungi maklumat dan di terjemahkan oleh otak dari retina mata yang menerima. kita melihat dunia sebagai tempat tinggal sejak lahir dan bersama-sama ibu bapa serta keluarga itu merupakan nikmat sebagai permulaan kita untuk menerima realiti ini. setiap manusia wajib menerima realiti ini bahkan siapa yang menolaknya maka dia tidak mensyukuri nikmat itu. Tetapi, sedarkah yang bukan itu sahaja realiti yang wujud di alam, sedangkan kehidupan itu sekadar bertengek di bumi sahaja.

realiti dunia yang diterima haruslah dijadikan batu loncatan kepada realiti yang bakal kita tempuhi nanti. bukan saya mengatakan yang mereka perlu menggunakan sepenuh tenaga untuk beribadah di dunia sahaja bahkan itu bukan cara beribadah kerana Rasulullah juga pernah menegur sahabatnya dalam satu kisah.


عَنْ أَنَسٍ أَنَّ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلُوا أَزْوَاجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ عَمَلِهِ فِي السِّرِّ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا أَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا آكُلُ اللَّحْمَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا أَنَامُ عَلَى فِرَاشٍ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ فَقَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي أُصَلِّي وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

Daripada Anas bahawa beberapa orang sahabat telah bertanya kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. tentang amalan baginda yang sembunyi (yakni yang dilakukan di rumah) lalu sebahagian mereka berkata, saya tidak akan berkahwin, ada yang berkata, saya tidak akan memakan daging, dan ada yang berkata saya tidak akan tidur di atas tilam. Lalu Rasulullah s.a.w. mengucapkan Alhamdulillah dan memuji-muji Allah seraya bersabda: “Apa hal dengan kaum itu mengatakan begini dan begini padahal aku bersembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka, dan aku juga mengahwini perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka akan sunnahku maka dia bukan dari kalanganku. (Muslim)

Biarpun dunia tiada nilai di sisi Allah, tetapi pemberian dunia kepada manusia ini sama sekali merupakan satu keperluan yang bernilai kepada makhluk ini yang bergelar manusia. tetapi bukan selamanya kita akan berada di realiti yang sama. sampai satu waktu, kita akan sedar satu jemputan yang ditetapkan masanya. saat itu sudah tiada yang boleh menolong dan tiada juga yang boleh mengasihani kamu melainkan Allah SWT sahaja. kepentingan dunia itu ada nilainya tetapi hanya sedikit sahaja berbanding dengan kepentingan alam selepasnya. jika kita menyemai dunia dengan semua tuntutannya, belum tentu kita akan berjaya di akhiratnya tanpa kasih dan sayang daripada Allah SWT. 

Ketika kita hidup ada ramai teman, tetapi adakah kita ada teman di alam barzakh dan alam akhirat. jika kita sentiasa menghiasi Al-Quran dengan tuntutannya, maka dia akan menemani kita dengan cahayanya. begitu juga dengan amalan soleh yang boleh menjadi teman yang menghalang dari siksa azab kubur. jika kita menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran serta bertakwa kepada Allah SWT maka penghuni syurga akan menjadi temanmu. Kamu akan di kelilingi bidadari, nabi-nabi dan rasul-rasul serta ahlul jannah yang sentiasa mendoakan kamu supaya sejahtera dengan ucapan mesra lembut "salam" dan macam-macam lagi. tetapi jika kamu gagal untuk mengecapi kejayaan itu, sudah tentu kamu akan jauh dari nikmat-nikmat itu.


 
Blogger Templates