Apalah seorang muslim tanpa seorang sahabat. Sahabat yang dapat meringankan beban orang lain kerana Allah SWT. Sahabat yang boleh membimbing orang lain kepada jalan yang lebih baik kerana Allah. Sahabat yang sanggup mengubati kekecewaan yang tertanam dalam lubuk hati orang lain.
Islam tidak akan dapat berdiri tanpa para muslimin dan muslimat yang mempersahabatkan dirinya antara satu sama lain. Seorang sahabat sepatutnya bertanggungjawab terhadap satu sama lain. Memperkuatkan sahabat yang lemah, tidak berdaya dan kecewa. Islam itu umpama bangunan yang disokong oleh tapak yang banyak. Tapak-tapak itu merupakan muslimin-muslimin dan muslimat-muslimat yang berganding bahu menggunakan kekuatan masing-masing untuk menampung bangunan islam itu supaya islam tidak runtuh dengan begitu sahaja...
Sahabat..... Siapakah sahabat yang paling baik bagi seseorang muslim? Adakah mereka seorang yang cukup kuat untuk mempertahankan seseorang yang lemah daripada dibuli, atau adakah mereka yang membeli ikatan persahabatan dengan kekayaan merupakan sahabat yang baik??? Tidak, sama sekali tidak... Sahabat itu merupakan seorang individu yang soleh dan boleh memuslehkan orang yang bersahabat dengannya. Mereka merupakan golongan-golongan manusia yang suka membantu orang lain untuk menjernihkan kekeruhan hati, mengubah personaliti yang buruk kepada baik dan mengubati sahabat mereka kerana Allah SWT bukan kerana syaitan laknatullah....
Sahabat........Aku sangat teringin untuk mengajukan soalan ini kepada sahabat-sahabatku... Adakah kau bersahabat denganku kerana Allah SWT???
Jagalah antara satu sama lain supaya kita termasuk dalam golongan yang berjaya....
Wednesday, 28 March 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment