Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday, 11 March 2012

Kekuatan 2

Saya terasa sangat hairan apabila mendengar luahan hati seorang hamba Allah yang mengatakan bahawa duit itu segala-galanya. Dia menganggap duit itu sebagai oxygen dalam hidupnya, seolah-olah tanpa duit maka kehidupannya musnah. Malah ada juga pihak yang berasa kekuatan itu datang daripada kekayaan sedangkan mereka tidak sedar bahawa kertas yang berwarna itulah menyebabkan mereka menjadi manusia yang terkutuk dan paling lemah di dunia. Sedarlah hakikat sebenar bahawa kekuatan bukan datang daripada kekayaan seseorang individu namun kekuatan sebenar datang daripada kekayaan hati.


3  
 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1011.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Yang disebut 'kaya', bukanlah kaya harta-benda duniawi, tetapi yang dikatakan 'kaya' ialah kaya jiwa.


Allah SWT itu Maha Kaya. Sesungguhnya sekalian alam ini adalah milik Allah SWT tuhan Yang Maha Kaya.
Milik Allah lah segala kekayaan langit dan isinya serta bumi serta isinya, juga kekayaan alam serta isinya.



131. 
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ ۚ وَإِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.


Allah SWT meminjamkan kekayaan kepada manusia sebagai rahmat-Nya kepada makhluk ciptaan-Nya. Kekayaan harta sebenarnya merupakan satu ujian kepada manusia untuk menjadi seorang yang kaya hatinya,

 Sekali lagi saya tegaskan bahawa kekuatan sejati datang daripada kekayaan hati bukannya kekayaan harta. Kekayaan hati dalam konteks ini ialah hati yang penuh dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Justeru, semakin bertakwa seseorang mukmin itu maka semakin kayalah hati mereka maka semakin bertambah kekuatan mereka.

Hati yang bertakwa merupakan hati yang menagih rahmat Allah SWT dan kasih sayang Rasulullah SAW. Mereka yang mempunyai nilai ketakwaan dalam hati akan sentiasa mencari keredhaan Allah, Mengasihi Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada segala-gala yang dia kasihi, Memelihara hubungan dengan Allah dan manusia kerana Allah dan Rasul-Nya serta mereka mengharapkan dan berusaha untuk menjadi hamba yang paling baik di sisi Allah. Nilai ketakwaan itu amatlah mahal di sisi Allah dan hanya syurgalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang bertakwa.

MENUJU KETAKWAAN



1. Muraqabah
Asasnya terkandung dalam firman Allah di dalam surah As-Syu’ara:

“(Allah) Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan) sembahyang
dan (melihat) gerak gerimu di antara orang-orang yang sujud.” (as-Syu’ara: 218 - 219)

Nabi ketika ditanya mengenai “Ihsan”:
“Bahawasanya engkau menyembah Allah seakan-akan engkau
melihat-Nya, maka jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Ia
melihat engkau.”
(Hadis riwayat Muslim)

Pengertian muraqabah sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Quran
dan Al-Hadis ialah menghadirkan (merasakan) kebesaran Allah di setiap
waktu dan keadaan seterusnya mendampingi kepada-Nya diketika
tersembunyi ataupun secara terang-terangan.



2. Muhasabah
Asasnya terkandung dalam firman Allah s.w.t., dalam surah Al-Hasyr:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri
melihat dan memerhatikan apa yang telah lepas dari amalan-amalannya untuk hari


esok (akhirat) dan sekali lagi diingatkan, bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya
Allah amat meliputi pengetahuan akan segala yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr: 18)

Pengertian muhasabah ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh ayat di atas, iaitu seseorang mukmin kembali menghisab (menghitung) dirinya setelah mengerjakan amal. Apakah tujuan dan matlamatnya dalam ia beramal
itu. Adakah semata-mata kerana Allah? Ataupun apakah amal tersebut diresapi oleh keriakan? Atau apakah ia ada melakukan sebarang perkara yang ditegah Allah (dosa) di kelapangan siangnya? Dan apakah ia telah menunaikan segala hak-hak Allah ke atas nya juga hak-hak manusia? Ketahuilah saudaraku pendakwah! Adalah sepatutnya bagi seorang mukmin untuk mengadakan baginya satu waktu yang khusus dipermulaan siangnya di mana di waktu tersebut ia berjanji pada dirinya sendiri untukmemperbetulkan niatnya, berterusan di setiap waktu dalam ketaatan, menunaikan segala kewajipan seterusnya membebaskan diri dari riak.
Demikian juga adalah patut baginya untuk mengadakan satu waktu di akhir harinya di mana di waktu tersebut beliau mengasingkan dirinya. Beliau menghisab keseluruhan amalannya. Dalam pada itu sekiranya didapati
dalam amalannya kebaikan, beliau terus memuji Allah kerana menunjukinya jalan yang betul serta mentaufikinya. Beliau di ketika tersebut memohon kepada Allah menetapkan hatinya untuk terus melakukan ketaatan dan meningkatkan amalannya. Sebaliknya jika beliau mendapati amalannya tidak
menepati seperti yang di atas, (maka ia bertaubat kepada Allah, menyesali serta memohon keampunannya dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Beliau juga bermohon kepada Allah agar memeliharanya daripada melakukan dosa serta mengakhiri kehidupannya dengan ‘husnul khatimah’ (kesudahan yang baik) Semoga Allah meredai baginda Umar Al-Faruq ketika baginda menyatakan:

“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbangilah (amalan
kamu) sebelum kamu ditimbang dan bersedialah untuk hari pengadilan yang
Maha Besar.”

Allah berfirman:
“Pada hari (amalan) kamu dibentangkan dan tidak disembunyikan dari
kamu.”6 (Al-Haqqah: 18)


3. Mu’aqabah (deraan)
Asasnya terkandung dalam firman Allah dalam surah A1-Baqarah:
“Dan dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orangorang
yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 179)

Definisi mu’aqabah (deraan) sebagaimana yang dinyatakan oleh ayat di atas, seseorang mukmin apabila ia meneliti dan menghisab dirinya, lalu ia mendapati kekurangan pada amalannya atau ia telah melakukan dosa adalah tidak sepatutnya beliau mengenepikannya begitu sahaja apa yang telah
dilakukannya. ini kerana dengan sifat menganggap mudah terhadap dosa yang dilakukannya akan rnendorongnya untuk kembali melakukan dosa serta menyukarkannya untuk meninggalkan kemaksiatan. Bahkan sepatutnyalah beliau mengenakan satu hukuman (deraan) ke atas dirinya
dengan deraan yang diharuskan sebagaimana beliau mendera keluarga dan anak-anaknya. Dalam konteks ini, deraan ini bertindak sebagai penghalang kepadanya untuk melakukan dosa, seterusnya membawa kepada ketakwaan dan ke suatu kehidupan yang penuh dengan kelebihan dan kesejahteraan.
Ketika mana kita menyatakan: “Sudah sepatutnyalah beliau mengenakan satu hukuman ke atas dirinya dengan deraan yang diharuskan”, kenyataan ini ialah untuk mengelakkan serta berhati-hati melakukan deraan yang diharamkan seperti mendera dirinya dengan mengazabkan satu anggota badannya dengan menggunakan api, atau beliau mandi junub di satu lapangan yang terbuka di hari yang bersangatan sejuknya, atau beliau
menghalang dirinya dari makan dan minum dalam bentuk yang boleh memberikan kemudaratan kepada dirinya. Deraan seperti yang disebutkan di atas atau menyamainya adalah merupakan tegahan syarak yang mana terkandung dalam pernyataan firman Allah dalam surah Al-Baqarah:

“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.” (Al-
Baqarah: 195)

serta apa yang difahami dari firman Allah:

“Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, sesungguhnya Allah adalah
amat mengasihi kamu.” (An-Nisa’: 21)

Para salafus salih (Allah meredai mereka) telah memberikan contoh teladan betapa perilaku mereka dalam ketakwaan dan muhasabah mereka, serta kelaziman mereka mengenakan deraan ke atas diri mereka dengan
deraan-deraan yang tertentu apabila berlaku perlanggaran dan keazaman mereka untuk melakukan ketaatan, sekiranya ada berlaku mereka mempermudahkan ketaatan tersebut. Kami tidak keberatan untuk
mengutarakan beberapa contoh teladan.

Diriwayatkan dari baginda Umar Al-Faruq: Pada suatu ketika baginda telah keluar ke kebunnya dan sekembalinya (daripada kebunnya) didapati orang ramai telah sembahyang asar lantas baginda berkata: “Sesungguhnya aku telah ke kebunku dan sekembalinya aku dari sana, aku dapati orang ramai telah sembahyang asar! Kebunku itu adalah merupakan sedekah untuk orang-orang miskin.” Berkata Al-Laith:
“Ini adalah kerana baginda telah luput sembahyang asar berjemaah.” Juga diriwayatkan daripada baginda: Bahawa baginda telah disibukkan oleh suatu urusan di waktu maghrib sehingga keluar dia biji bintang, manakala selesai baginda bersembahyang, baginda memerdekakan dua orang hamba.

Diriwayatkan dari sahabat yang mulia “Abu Talhah”: “Bahawasanya sedang ia sembahyang, hinggap berhampirannya seekor burung jambul (seperti burung layang-layang) lalu ia lalai dari sembahyangnya kerana asyik melihat burung tersebut sehingga beliau lupa bilangan rakaat sembahyangnya, lalu beliau menyedekahkan kebunnya sebagai hukuman ke atas kealpaannya dan kelalaiannya dari khusyu’.



BERSAMBUNG.........

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates