Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday, 26 January 2014

Sunnah


















Sunnah itu indah. Indahnya sunnah bukan bermaksud sunnah itu sekadar perhiasan zahir. Sunnah itu indahnya memberi manfaat kepada zahir dan batin manusia. ada dua bentuk sunnah. Iaitu sunnah untuk manfaat kesihatan tubuh badan dan perlindungan batin melengkapi rohani serta jasmani. Sunnah yg selalu susah untuk di amalkan ialah sunnah untuk perlindungan batin yang melengkapi rohani serta jasmani.

Di sini saya memberi beberapa contoh sunnah :

1) makan buah-buahan sebelum makan atau ketika makan. Jangan makan buah-buahan selepas selesai makan.

2) tidak bercakap berlebihan dan ketawa atau mengilai ketika makan

3) berhenti sebelum kenyang

4) makan ketika lapar

5) makan dalam posisi yang sunnah

6) baca doa ( makan, tidur, masuk keluar tandas, masjid dll )

7) ambil wudu sebelum tidur

8) basuh tangan cara sunnah

9) sebelum makan celup jari kelinking dengan permukaan garam, jangan basahkan jari kelinking. Cukup kemam garam yg terkena jari kelingking yg kering sebelum makan.

10) pakai selipar, mula menyarung dengan kaki kanan separuh, pastu sarungkan kaki kiri sepenuhnya dan sarungkan kaki kanan sepenuhnya. Bermula dengan kanan dan berakhir dengan kanan sifirnya

11) bersugi sebelum solat

12) tidak berbual ketika ambil wudhu

13) tidak melengahkan mandi wajib

14) makan dengan tangan kanan

15) elak minum ketika makan kecuali jika tercekik

16) mandi untuk mengharumkan dan memakai haruman

17) mulakan dengan Bismillah

18) banyakkan Alhamdulillah

19) banyakkan berzikir

20) tika ditimpa musibah, la haw la wala kuwata illa billahil a’liyyil a’zim

21) tika berita kematian, inna lillahi wa inna ilaihi rojiun

22) senyum

23) sedekah

24) senyum ketika sedekah

25) tidak mengungkit sedekah

27) menenangkan hati orang lain dengan kebenaran

28) tidak membawa mudharat kepada orang lain

29) berakhlak kepada isteri

30) memimpin rumah tangga cara Rasulullah SAW

31) dan lain-lain

Dengan mengamalkan sunnah kita dekat dengan Rasulullah. Malaikat pun akan mendekati kita. Syaitan akan sedikit slow dalam menghasut. Tiada rugi dalam mengamalkan sunnah, kan??

Maka apa ditunggu lagi. Nak start esok ea? Kenapa bukan sekarang?


“Senyum itu sunnah dan sedekah, sabar itu sinaran”

Friday, 24 January 2014

sedikit sentuhan tentang kesabaran


















الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيْمَانِ، وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ الْمِيزَانَ، وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلآنِ – أَوْتَمْلأُ – مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ، وَالصَّلاَةُ نُورٌ، وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ، وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ، وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ، كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَائِعُ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا رَوَاهُ مُسْلِمٌ


Sabar itu separuh dari iman. Kerana sabar itu melambangkan sucinya seseorang manusia daripada sifat amarah yang menariknya ke arah kejelekan akhlak dan kekotoran memutuskan silaturahim. Sifat amarah itu ada dalam setiap insan, Cuma keadaannya berbeza. Ada manusia yang mempunyai sifat amarah yg bebas, ada manusia yg sifat amarahnya di ikat oleh rantai keimanan, ada manusia yg sifat amarahnya kadang-kadang bebas kadang-kadang terpenjara. Sabar itu penjara sifat amarah. Jika manusia mengumpulkan sifat amarah tanpa sabar, itu bukan sabar namanya tetapi itu menyimpan rasa benci. Sabar di sini merupakan hukuman terhadap amarah bukan pencetus kepada amarah yang lebih besar lagi akibat disimpan lama dalam hati.

Seseorang yang betul-betul sabar ialah mereka yang mendapati dalam amarahnya ada hikmah kasih saying Allah yg tersembunyi dan tidak sesekali dia menolong sifat amarah itu untuk bercambah. Mereka menggunakan sifat itu untuk sabar dan meningkatkan iman. Saya sebut sekali lagi sabar itu bukan menahan amarah tetapi menghentikannya.

orang yang sabar tidak merasa keburukan orang lain itu kecuali atas kehendak Allah SWT terhadapnya. Dia memaafkan dan menjalankan penyeruan terhadap kebaikan dan pencegahan terhadap kemungkaran, tarbiah diri sendiri, tuntut ilmu agama, memastikan hati hidup dan banyak lagi. Sebab itulah Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.


153. 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
Al-Baqara [2:153] 


155. 

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar;
Al-Baqara [2:155] 


249. 

فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ ۚ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ ۚ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ ۚ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ


Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.
Al-Baqara [2:249] 


22. 

وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ


Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;
Ar-Rad [13:22] 



 "senyum itu sedekah dan sabar itu sinaran" 


 
Blogger Templates