Kerikil batu yg dilontar
Pada tiang api
Semasa diriku kekeliruan
Sedikit tersinggung pada ujian
Aku melihat aral rintangan
gelombang arus yg tinggi
Lagi menakutkan
Tak rasional dapat dilawan
Oleh fulan bernama insan
Kerikil batu yg dilontar
Pada kolam air
Semasa hatiku dilanda trauma
kronik dengan cereka kehidupan
Bayangan pada air tampak
Terusik dek arus kecil
Mengusir air muka yg ketat
lagi muram
Sedangkn kesempurnaan
Hanya wujud pada tuhan
Kerikil batu masih dilontar
Jauh ke selatan sungai belantara
tika jiwa panas kecewa
Kesal selalu dgn komitmen dosa
Jiwa mengepalai aksi noda
Hanya kerana larat merindui
Kegelapan yang penuh terisi
Lubang lahar dan racun duri
Lagi aneh
Akal mampu berfikir
Namun nafsu terlalu mencemburui
Kerikil batu tiada berbaki
Penyesalan dulu tidak guna lagi
Yang hadapan ini
Perlu pasti
Perkara sama tak berulang
Pisang mekar
Tak berbuah dua kali
Saturday, 12 July 2014
Wednesday, 9 July 2014
Cereka bukan rama
Pengalaman tidak mengajar kita berjalan tetapi cabaran dari ujian dari pengalaman itulah yang boleh menjadi satu iktibar yg membawa impak terbaik kepada seseorang individu yg bergelar muslimin mahupun muslimat. kita berada dalam kesihatan dan kesejahteraan pun merupakan satu ujian untuk melihat adakah kita menggunakan nikmat sihat itu dengan sebaik-baiknya. lebih lagi ujian kepada mereka yg dikenakan penyakit dan mengalami kesulitan dalam beribadah kerana itu untuk mendekatkan mereka kepada syurga. ramai orang mengira yang dirinya tidak memerlukan tempat pergantungan ketika mereka senang dan ada juga yang memaki hamun orang lain jika mereka gagal memiliki atau mencapai sesuatu yg mereka ingini. Sebagai seorang yg selamat dari sisi Allah SWT. kita perlu mendefinisikan apa erti selamat itu. jika satu bom di halakan ke arah kita, adakah kita selamat dari bom tersebut? tidak, bahkan kita hanya mampu meminta tolong agar satu kuasa yg jauh lebih tinggi dari bom itu agar terselamat dari akibat melanda apabila ia meletup tika terkena sasaran.
Jika kita bersandar kepada selain dari yang berkuasa, maka kita berada dalam bahaya yang teramat dahsyat. kerana tiada sesiapa yg mampu melindungi kita melainkan Allah SWT sahaja yg selayaknya melindungi makhluk-Nya dari ancaman bahaya dan bencana serta malapetaka. dalam kalangan mereka ada juga bertanya kenapa Allah SWT tidak melindungi mereka yg dibunuh dan dikecam? hal ini sudah pasti kerana mereka yg dibunuh dan dikecam itu sendiri menghadapi ujian dari Allah SWT. dia dipilih oleh Allah SWT dua pilihan agar berada di jalan yg benar ataupun berada di jalan yg menyebabkan murka-Nya. kerana dia dipilih oleh Allah SWT untuk diberi peluang agar dapat diselamatkan dari azab api neraka. kerana Allah SWT ingin menunaikan janji-Nya bagi mereka yg mengerjakan tuntutan amanah di dunia serta berkorban apa sahaja demi mencapai Redha Allah SWT. Sebagai seorang yg ingin diselamatkan kita haruslah mengikuti jejak langkah orang-orang yg telahpun selamat sampai ke syurga. di atas senarainya tidak dapat disangkal lagi adalah Rasulullah SAW yg merupakan kekasih Allah SWT. Baginda merupakan Qudwah yg amat baik bagi mereka yg mahu selamat iaitu inginkan redha Allah SWT.
Labels:
perkongsian
Thursday, 3 July 2014
Rindu yg terpahat
Dikala seorang abdu merasa tak terkawal perasaan rindu..sudah tentu jiwa akan menggeletar kerana ingin merangkul kebahagiaan yg pada ketika itu sungguh mengasyik kalbu. persona minda sentiasa terbayang sejenak lintasan-lintasan memori dan lisan tidak akan lekang dari menyebut "sungguh cepat masa berlalu". Bila seorang abdu menadah tangan meminta agar dikembalikan kebahagiaan rezeki kurniaan tuhan, bukanlah itu yang dimakbulkan. tetapi ketahuilah yg doa itu diterima, namun Allah SWT lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita manusia. mungkin Allah SWT memisahkan kita daripada apa yang kita rindu kerana kurangnya hubungan kerinduan kita kepada-Nya sewaktu kita berhadapan 5 kali seharian. apa mungkin kerana kerinduan itu boleh menyebabkan perpisahan selamanya dan retakan ukhwah yang disangka mampu dijalin hingga ke syurga tetapi hakikatnya tidak sama sekali. Juga berkemungkinan dengan berlakunya perpisahan itu, maka syurga dapat digapai oleh kedua-duanya yang sudah tidak sibuk mengejar dunia bahkan dapat berjumpa semula dalam kebahagiaan kekal abadi.
Rindu seorang abdu itu tidak salah. namun janganlah sehinggakan perasaan rindu itu mendidih terlalu kuat sehingga air panas keluar dari periuknya kerana ia bisa mencederakan orang lain. sedangkan rindu itu juga boleh menjadi permulaan kepada munculnya hasrat untuk bertemu dan berlakunya perkara maksiat dan zina. perpisahan itu sesuatu yg boleh memberi pengajaran ibarat mati dimana roh dan jasad berpisah antara satu sama lain. sudah tentu roh akan merindui jasadnya sedangkan jasad hanya terbujur kaku menunggu untuk diuruskan agar dikebumikan sebagai jenazah. sepertimana seorang pendosa yang diletakkan ke dalam neraka dan dipisahkan dengan kehidupan dunia sewaktu mereka meminta untuk di kembalikan kepadanya kerana perasaan rindu. rindu akan nikmat dunia walhal mereka gagal untuk merindui Allah SWT dan hari pembalasan yakni hari akhirat.
untuk merindui perlu ada kayu ukur. jika kita rindu sehingga solat entah ke mana itu sudah menandakan kita berada dalam tahap yg parah dan perlu kembali semula kepada Allah SWT. mohonlah yg terbaik untuk perjalanan hidup dan jangan berputus asa memperbaiki hubungan dengan Allah SWT. dekatkan diri dengan Al Quran kerana itulah ayat Allah SWT kepada kita manusia. rindu itu baik bagi yg tidak berniat untuk melakukan dosa dan ingin memperbaiki hubungan antara manusia. bahkan ia dituntut dalam agama untuk kita memperbaiki hubungan sesama manusia melalui ikatan persaudaraan yang jitu. kerana tanpa kebaikan antara satu sama lain maka impaknya sudah sememangnya akan menyebabkan ketegangan. hasilnya, mereka tidak bertegur sapa antara satu sama lain dan ini seterusnya memberi peluang kepada musuh untuk menyerang melalui ghuzwatul fikr iaitu serangan pemikiran.
permusuhan antara umat islam itu selalu menjadi senjata untuk memudharatkan umat ini. sedangkan pengorbanan merupakan satu aset yg perlu dimainkan kerana itulah yg boleh melahirkan satu kesedaran bagi mereka yg mengerti akan sumber kekuatan umat islam ini. kerinduan hanya memainkan peranan untuk kita membuat niat yang padu demi menempuh medan pengorbanan yang disediakan di dunia penuh pancaroba. di alaf globalisasi ini memang sudah tidak dapat disangkal lagi bahawa umat islam berada dalam keadaan yg nazak dimana mereka menyerah kalah hanya kerana niat yg salah dan enggan melakukan pengorbanan kerana takut akan berada dalam kondisi yg bertambah teruk dari yang sebelum ini. sudah semestinya musuh sentiasa wujud bahkan dalam kalangan umat islam sendiripun, namun itu merupakan bukti bahawa kita merupakan umat yg terhebat dan mampu untuk berada di bawah pemerhatian-Nya walau dikecam oleh segenap pihak seluruh dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
