Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday, 1 January 2013

Jika masih ada



Di atas hasratku
Berjalannya kisah
Tapi kesan tapakku
Hilang dengan angin
Kerana semuanya
Bagai obor terapung atas laut

Jika masih ada
Taman yang indah dulu
Tentu kakiku
Tak akan berasa letih
Melangkah
Ke sana ke mari

Sayangkan masa
Masa berlalu pergi
Tinggallah aku sepi
Mencari yang hilang
Dan mengharapkan ia datang
Kepadaku yang asyik menunggu

Bangunan taman indah dulu
Kini sudah hancur luluh
Tersisa hanya kesan runtuhan
Yang mengembalikan kesedihan
Mestiku cari kekuatan
Untuk membina taman
Walau jenuh dengan perasaan
Ada kejayaan dalam kekalahan

Thursday, 27 December 2012

Hati ini


Raja seluruh anggota ialah hati, kerana itulah hati perlu dijaga dengan rapi. Kalau raja tergugat maka rakyatnya juga akan tergugat. Jika hati tergugat maka seluruh anggota tubuh juga akan turut sama tergugat… contohnya jika kita melihat pada aurat seorang perempuan yang cantik mestilah akan terbit daripada hati kita rasa takjub akan keindahan yang menyebabkan hati kita rasa tergugat…

Dengan tergugatnya hati maka anggota tubuh  badan juga akan tergugat sama, seperti seorang lelaki yang terus pergi memikat gadis-gadis cantik yang berlalu di hadapannya, remaja-remaja yang suka berhias dan lain-lain. Semua itu datang daripada perasaan takjub yang merupakan sifat hati itu sendiri.

Dengan adanya sifat takjub manusia boleh terpengaruh kea rah kebaikan mahupun keburukan bergantung kepada kekuatan iman dan amal mereka itu sendiri. Sifat takjub juga boleh mengubah personaliti seseorang individu daripada imej yang baik kepada buruk dan sebaliknya. Takjub itu amat merbahaya jika kita tidak mempunyai ilmu dan iman dalam gengaman kita.

Maka carilah sebanyak mungkin ilmu dan jagalah iman dengan kesabaran, jangan teralu terpengaruh dengan ketaksuban hati terhadap perkara-perkara yang boleh membelakangkan kebenaran.

Perasaan pula makhluk yang bertentangan dengan hati. Jika perasaan tergugat maka ia tidak mempengaruhi anggota kita tetapi ia menyebabkan emosi atau anggota batin kita tergugat. Dengan kata lain perasaan itu merupakan raja kepada anggota batin.

Jagalah perasaan dengan kekuatan iman. Banyakkanlah menyelami ukhuwah antara para sahabat dan Rasulullah, kerana ia boleh membina perasaan cinta kerana Allah.

Binalah asas yang kukuh daripada raja yang kuat. Supaya kita tidak menyesal dalam perjalanan kita menuju kea lam akhirat. Moga-moga pengorbanan kita dibalas dengan ganjaran keredhaan Allah SWT… in sya Allah =)

Thursday, 20 December 2012

Ukhuwah fillah

Ukhuwah.... iaitu satu persaudaraan,, Ukhuwah fillah pula satu hubungan persaudaraan sesama muslim untuk mencapai redha Allah SWT..

Tidaklah manusia itu dicipta oleh Allah untuk menumpahkan darah antara satu sama lain... Allah telah menyuruh kita untuk menjaga dan sejahterakan alam duniawi dengan kasih sayang dan keamanan...
Namun, kita tetap menyalahi pemikiran yang sepatutnya kita tanam dalam hati tentang apa itu ukhuwah fillah...

Ukhuwah fillah itu boleh sahaja kita katakan pada mulut kita bahawa kita cinta kepada saudara semuslim kita kerana Allah SWT tetapi sekurang-kurangnya niat yang baik itu ada.. Hal ini tak salah jika kita melafazkannya, tetapi tidak teringinkah kita untuk menikmati betapa lazatnya ukhuwah fillah itu jika kita betul-betul berada dalam kasih sayang Allah sepanjang masa kita berada dalam persahabatan dengan seorang daripada sahabat kita??

Saya juga teringin... Jika diizinkan oleh Allah SWT untuk berjumpa dengan sahabat sedemikian sudah tentu saya akan terus berdamping dengannya... Saya juga dalam usaha untuk mewujudkan ukhuwah fillah dengan bergaul walaupun saya ini dhaif dari segi pergaulan...

Apabila kita sebut tentang ukhuwah fillah, sudah tentu kita bayangkan akan satu persaudaraan yang akan membawa kita kepada syurga dengan keredhaan Allah SWT.. Ukhuwah yang sebegini rupa merupakan satu hubungan yang dirahmati dan dikasihi Allah SWT... Contohnya hubungan para sahabat dengan Rasulullah SAW yang tiada tandingannya.. Mereka sentiasa memikul rasa tanggungjawab terhadap perihal antara mereka.. 
1  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1551.
Dari Anas r.a.: Ada seorang laki-laki menanyakan kepada Nabi s.a.w. mengenai kiamat. Katanya: "Bilakah hari kiamat?" Beliau bersabda: "Apakah yang telah engkau siapkan untuk hari itu?" Katanya: "Tiada suatu pun selain mencintai Allah dan RasulNya". Beliau bersabda: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" Kata Anas: Belum pernah kami gembira seperti kegembiraan kami kerana mendengar sabda Nabi s.a.w.: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" Kata Anas: "Saya mencintai Nabi, Abu Bakar, dan Umar dan saya mengharapkan kiranya saya bersama mereka kerana mencintai mereka, sekalipun saya belum beramal serupa amal mereka".

..........................................................................................................................................................
5  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0016.
Dari Anas r.a, dari Nabi saw., katanya: "Ada tiga perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya, nescaya ia akan mendapatkan kesedapan iman: (1) Orang yang cintakepada Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada cintanya kepada yang lain dari pada keduanya. (2) Orang yang mencintai orang lain semata-mata. (3) Orang yang benci untuk kembali kepada kafir, setelah Allah melepaskannya daripada (belenggu) kekafiran itu, sama dengan bencinya akan dijatuhkan ke dalam neraka."


Memang mustahil apabila kita hendak membina ukhuwah seindah ukhuwah Rasulullah dan para sahabat kerana mereka terlalu hebat imannya teguh pegangannya dan kuat taqwannya.. Sekurang-kurangnya kita kenalah meletakkan sepenuh kepercayaan kita kepada Allah SWT dan berusaha untuk mendapatkan sahabat yang baik... 

Sungguh suka hati jika ada yang dapat menemani kita ke syurga..
Sungguh suka hati jika dapat bersujud di hadapan Allah SWT di syurga bersama-sama
Sungguh suka hati jika dapat bersama Rasulullah dan ditemani oleh sahabat di syurga

Saya harap Allah SWT akan memberi peluang kepadaku untuk mendapat satu hubungan persahabatan yang diredhai oleh-Nya.. in sya Allah =))
 
Blogger Templates