Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday, 15 April 2012

Permaidani hidup

Di atas pentas
Terbentang luas
Detiknya seimbas
Sekali laluan jejantas

Hidup bagaikan ruas
Tak puas-puas
Hingga lalaikan tugas
Sesal sudah kena tempias

Permaidani senipis kertas
Umpama sehembus nafas
Arusnya deras
Beratnya tertindas

Maka lekas
Jangan rimas
Sebaik-baik tuntas
Ialah berfikiran waras

PENULIS = Zakiran Razak

Rangkap 1 : Hidup itu luas namun sungguh sebentar.. Apabila hidupnya seseorang manusia maka dia berada dalam keluasan dunia.. Namun keluasan dunia itu hanyalah sementara kerana maut mampu datang menerpa pada bila-bila masa sahaja. Allah hanya memberi peluang kepada manusia untuk hidup sebagai hamba-Nya hanya untuk sekali sahaja. Setelah manusia mati maka dia sudah tidak boleh undur untuk hidup kembali.

Rangkap 2 : Masa hidup manusia amatlah terhad seumpama ruas-ruas antara jari. Manusia tidak akan dapat puas dengan nikmat hidup di dunia kerana pada mata mereka terdapat pelbagai kegembiraan dan kebahagiaan hidup berada atas dunia. Ada Manusia yang asyik menikmati dunia hinggakan lalaikan tugasnya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dan sebagai khalifah di muka bumi. Mereka inilah yang akan di adili oleh Allah, Tuhan Yang Maha Adil. Jika baik amalannya maka baiklah akibatnya. Jika buruk amalannya maka buruklah akibatnya.

Rangkap 3 : Hidup umpama permaidani senipis kertas. Walaupun nipis, manusia tetap mahu meniarap atas permaidani itu walaupun ianya tidak selesa. Hidup itu nikmat yang menyebabkan manusia tamak dan berlumba-lumba untuk mendapatkannya seperti sehembus nafas. Sehembus nafas tidak akan dapat membekalkan cukup udara oksigen kepada seluruh sel-sel pada tubuh badan seseorang manusia.

Ketahuilah, Bahawa arus dunia itu amatlah deras. Maka manusia yang tidak kuat dalam menongkah arus itu maka hanyutlah dia. Adapun  hidup juga beratnya umpama ditindas. Maka beruntunglah orang yang kuat, iaitu orang-orang yang kuat bersabar dan meminta pertolongan daripada Allah SWT

Rangkap 4 : Wahai sekalian manusia!! lekaslah lakukan anjakan paradigma untuk berubah. Janganlah merasai bahawa perubahan ke arah yang baik itu amat merimaskan kerana mendapat jemuhan dan cacian daripada orang lain kerana Allah SWT akan sentiasa menyayangi kita. Buatlah keputusan dengan bijak dengan melakukan perubahan ke arah yang baik. Kerana mereka yang berfikir untuk berubah ke arah yang baik itulah mereka yang berfikiran waras.




Thursday, 12 April 2012

Fikir-fikirkanlah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh wamaghfiratun waridhwan =)

pada suatu hari...
zakiran sedang termenung..
akulah tu..
asyik termenung...
ketiadaan sahabat untuk berbual-bual
apakan daya aku malas nak bersiar-siar..hu4
lagipon aku masih tidak sihat..
doktor kata aku mengalami allergi seduang...
setiap kali makan ikan pari mesti rasa xselesa...
pastu xboleh makan bnyak2 makanan brminyak dan bersantan...

aku termenung memikirkan nasib..
Alahai... penyakit2 ni memang menyusahkan betul..
menyebabkan aku rasa kecewa..
tak henti-henti aku caci maki penyakit tu..
segala jenis carutan dan tomahan aku guna..
kerana sungguh tidak selesa...
aku pon mandi.. huhuhu

Selepas itu aku terfikir...
MasyaAllah begitu adilnya Allah SWT kepadaku..
Aku rasa bersalah pula kerana tidak bersyukur..
apalah aku ni kan..
selalu terlupa akan Allah SWT sedangkan Allah sentiasa ingatkan aku...

Betul2.. Penyakit2 yang melanda manusia merupakan peringatan daripada Allah SWT supaya kita sentiasa mengingati-Nya kerana bagi Allahlah kuasa untuk menawarkan segala jenis penyakit..

Allah mengurniakan kepada kita penyakit supaya kita memperbanyakkan istighfar dan zikir kepada-Nya

Alhamdulillah... lega rasanya...
nasib baik Allah SWT masih menyayangiku..
sedangkan aku lalai dan leka..
Dia tetap mengingatiku..
Akulah hamba yang tak berguna kerana selalu lupa kepadamu..
Engkaulah segala-galanya bagi ku... Ya Allah ingatkanlah aku selalu..
Janganlah engkau membiarkan aku lalai...
Amin.. Ya rabbal a'lamin...
 
Blogger Templates